Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Bayu dan Taufan

Friday, October 28, 2011

"Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"   (Surah el 'asr ayat 1-3)


Sering kali kita mendengar surah ini dibacakan. Tak kira walau di mana majlis yang diadakan, selalunya kita akan membaca surah ini sebagai menutup majlis atas dasar adab dalam memelihara keberkatan majlis yang diadakan. Namun sejauh mana kita mampu menghayati, atas sebab apa surah ini dipilih bagi menutup majlis? Adakah kerana surah ini yang paling ringkas, jadi cepat sedikit untuk kita akhirkan majlis itu? Kalau benar, kenapa tak dipilih surah el Kauthar? Kan surah itu yang paling pendek?

Pernahkah kita mendengar kalam Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"2 nikmat yang sering manusia lupa. Nikmat sihat dan masa lapang"

Kehidupan kita di dunia ini ibarat lilin yang menyala. Ada kalanya api nyalaannya ditiup dengan bayu nan lembut, sehingga kita senang dengannya. Ada kalanya api nyalaannya disergah dengan taufan awan yang mendung, sehingga hampir sahaja lilin itu berputus asa dalam memelihara nyalaannya agar sentiasa gah berada di atasnya.

Ketika bayu nan lembut itu terus meniup api nyalaan kita, hati kita berasa senang. Malah kita berasa indah dengan membiarkan api nyalaan kita menari-nari, asyik dalam dunia kesenangan yang diberi kepada kita. Namun, sedarkah kita, walaupun dengan bayu nan lembut itu, juga mampu memadamkan api nyalaan kita tanpa kita sedari? Ya, apabila kita mula alpa dan leka dengan bayu tersebut, maka tanpa sedar, api kita mula malap lalu terpadamlah ia dengan sendirinya.



Ketika taufan pula melanda, kita bersusah payah menahan api nyalaan kita daripada terpadam. Sehingga diletakkan tembok besar bagi menahan taufan itu, semata-mata bagi memelihara api nyalaan kita. Ketika itu, kita mula sedar akan pentingnya api nyalaan kita itu. Andai terpadam api itu, maka gelap-gelitalah keadaan kita.



Ketahuilah, sesungguhnya api itu ialah umur kita, bayu itulah nikmat dunia, manakala taufan itu pula ialah ujian. Ketika bayu itu tiba, kita leka dengan nikmat dunia. Hanyut dalam kelalaian. Andai di kala bayu itu tiba, kita masih sedar akan pentingnya api nyalaan kita itu, sudah tentu di kala itu jua kita akan memanfaatkan nyalaan itu agar ianya tak menjadi sia-sia. Malah kita juga pasti mencari sesuatu bagi melindungi api nyalaan kita daripada taufan yang bila-bila sahaja boleh tiba. Adakah apabila taufan mula melanda, baru kita kalut mencari tempat perlindungan? Andai sudah terlambat, nescaya terpadamlah api itu buat selama-lamanya.

Maka sementara kita masih berada dalam bayu itu, gunakanlah sebaik-baiknya. Jangan biarkan diri kita hanyut dalam kealpaan, hinggakan apabila kita mula sedar akan hal itu, ianya sudah terlambat. Api lilin itu boleh terpadam di kala bayu nan lembut bertamu, boleh juga terpadam apabila taufan mendung menyerbu. Sementara api itu masih ada, manfaatkanlah ia sebaiknya.

Wallahu'alam

Istikharah Cinta

Tuesday, March 22, 2011


Lagu Istikharah Cinta ^^


Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut namaMu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
Satu nama teman setia 
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Diistikharah cinta

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah lafaz syukur dijulang ke atas kehendakNya untuk saya terus menghasilkan karya yang tak seberapa ini, sekadar untuk menjadi peringatan sesama kita. =)

Untuk post kali ini, saya ingin memberi penghargaan kepada seorang teman saya yang menjadi utusan Ilahi dalam berkongsi  khazanah ilmu yang sangat berharga, sehinggakan Dia terus menurunkan ilham kepada hambaNya yang lemah tak berdaya ini.

Andai mereka mengerti erti sebenar hubungan cinta antara adam & hawa, nescaya mereka akan berhati-hati dalam memilih bakal pasangan mereka, mendoakan bakal pasangan mereka merupakan yang terbaik di mataNYA & mengenal erti sebenar sebuah kesetiaan yg bukanlah terhad di dunia semata-mata..

Inilah ilham yang diturunkan kepada saya. Apakah erti sebenar statement ini?

Sedarkah kita, dalam memilih pasangan hidup, sebenarnya suatu langkah untuk ke fasa hidup seterusnya. Bagi wanita, setelah berlangsungnya akad, maka wajib ke atasnya untuk taat dan menyerahkan sepenuh kesetiaan kepada suaminya selagi mana suaminya masih di landasan yang haq. Bagi lelaki, setelah berlangsungnya akad, maka tergalas suatu tanggungjawab dan amanah yang lebih berat ke atasnya untuk memandu kehidupan isteri dan keluarganya, termasuklah ibu dan bapanya, ke arah Syurga Firdausi.

Kenapa kita perlu mencari pasangan yang terbaik di mataNYA, bukan di mata kita? Kerana, Syurga yang kita mahukan itu, bukanlah Syurga kita. Syurga Dia! Kalau Syurga itu kita yang punya, terpulang pada kitalah nak pilih pasangan yang terbaik di mata kita. Tapi hal itu mustahil kan? Maka, dah tentu di mata Dialah yang harus kita ambil kira. Maka, krateria yang bagaimana Dia mahukan?

"Wanita itu dinikahi kerana 4 perkara : rupanya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya beruntunglah kedua tanganmu" (Hadis)

Nasihat Luqman al Hakim, "3 perkara yang MESTI dimiliki oleh lelaki : agama, malu, harta"

Inilah guide yang kita peroleh dari baginda Rasulullah s.a.w. dan Luqman al Hakim. Maka, yang menjadi persamaan antara kedua-duanya, ialah AGAMA. Maka hanya mereka yang cantik dan terpelihara aurat di luar dan dalamnyalah yang terbaik di mataNYA! Aurat di luarnya ialah yang zahir (tubuh badan) dan di dalam pula ialah batinnya (akhlak). 

Lalu, soal dalam memilih pasangan hidup ini bukanlah perkara main-main seperti yang digambarkan oleh golongan remaja zaman kini, yang gemar menukar pasangan mereka seperti menukar baju dan pakai buang. Hendaklah dipilih dari yang terbaik agar tiada penyesalan di kemudian hari. Ingatlah, andai dipilih yang beragama, nescaya keempat-empat ciri-ciri yang lain akan turut serta mengiringi. Percayalah! =)

Bicara tentang kesetiaan, sedar tak kita, pasangan yang kita telah pilih itulah yang akan menemani kita di Syurga kelak. Bukanlah sekadar menemani kita di dunia semata. Cerita cinta kita akan disambung episodnya hingga di dunia seberang sana. Bukanlah berakhir saat berakhirnya nafas kita di dunia yang fana ini. Maka, andai berlaku sebarang musibah sehingga meragut nyawa pasangan kita, hanya mereka yang mengenal erti sebenar kesetiaanlah yang akan memelihara cinta mereka kepada pasangan mereka hingga tiba masa mereka pula, kerana mereka yakin, episod bersiri cerita cinta mereka tidaklah berakhir di dunia semata (ini ialah kes istimewa untuk wanita). Namun, tidaklah saya menyanggah kesetiaan mereka yang memilih untuk mencari ganti kepada pasangan mereka kerana soal jodoh bukanlah di tangan kita. Bagi mereka yang punya jodoh lebih dari satu adalah mereka yang dikurnia kurniaan istimewa. =)

Akhir kalam, hayatilah lagu di atas dan bersama kita ambil ibrahnya.. ^_^

Wallahu'alam

Harap Pada Siapa?

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar iman? Sihatkah? Bagaimana dengan jasad anda? Masih bertenagakah kedua-duanya? =)
Awal kalam, saya nak menyusun sepuluh jari (alhamdulillah masih cukup sepuluh =D) sebab lama sangat tak update blog ni. Terima kasih kepada mereka yang mengingatkan saya ya? Asalnya memang nak update tiap masa, lagi-lagi bila dah diberi cuti berlebih kat Malaysia, tapi berikutan beberapa masalah yang memerlukan perhatian saya yang lebih sehinggakan terpaksa menangguhkan proses update blog saya ni. Sampai merajuk blog ni masa saya log in nak buat post ni. Lagging benar nak buka. =P 

Jadi, apa cerita yang saya nak bawa untuk post kali ni???
"AKU TAK KACAU ORANG LAIN, JANGAN SIAPA KACAU AKU!"

Hah! Ni la skop pertama yang ingin saya ketengahkan untuk post kali ini. Suatu hari, sedang saya membuat sesi kaunseling PERCUMA (sebab tak ada sijil bertauliah dari Univ of Alexandria lagi nak cas nasihat doktor..hehe) kepada seorang wanita yang sedih kerana dilanda bah ujian yang berat sebagai seorang isteri.

"Adakah kamu mengira diri kamu beriman sedangkan kamu belum diuji?" (al Quran)

Dipendekkan al kisah, suami beliau telah bernikah lagi. Hakikat ini tak mudah diterima oleh beliau. Ya lah, wanita mana yang suka bermadu kan? (sapa sokong, angkat tangan!). Haha.. Memang andai ditanya mana-mana wanita pun, kalaupun dia seorang USTAZAH pun, pasti dia berfikir 5x sebelum beri jawapan. Bagi mereka yang menolak, pasti bermacam alasan yang kita boleh dengar dari mereka. Contoh untuk kes ini, apakah alasan yang diberi oleh si isteri yang 'teraniaya' ini?

Anda boleh baca sendiri kenyataan di ataskan? Itulah alasan beliau. Katanya, dia bukanlah jenis yang gemar berkongsi apa-apa pun yang dianggap 'hak'nya dengan siapa pun. Dia lebih gemar hidup menyendiri dan tidak gemar menyakiti siapa pun dan mengharapkan orang lain tidak menyakiti dirinya seperti mana dia tidak menyakiti orang lain. Fahamkah? @____@ Ada seorang lelaki membuat statement, wanita menganggap perkahwinan itu suatu hal peribadi, sedangkan lelaki melihatnya sebagai institusi keluarga yang harus dibawa perkembangan dan kemajuan. Siap setuju, angkat hidung! @___@

Jadi apa pendapat anda tentang alasan ini? Sebelum sebarang pendapat diluahkan, mari kita bersama muhasabah dulu siapa diri kita sebenarnya. 

Asalnya manusia itu suci fitrahnya, bersih dari sebarang noda dan nista. Lalu, bagaimanakah manusia itu boleh dikatakan tidak sempurna? Masing-masing punya kelemahan diri. Ini kerana manusia sering digoda oleh hawa nafsu dan iblis serta konco-konconya. Inilah yang menyebabkan manusia itu dari sebaik-baik kejadian jatuh merudum ke seburuk-buruk kedudukan, malah lebih rendah martabatnya dari haiwan yang tak punya akal. Percayakah anda?

Lalu, atas alasan apakah andai kita mengharapkan orang lain memahami diri kita seperti mana kita cuba memahami mereka? Tak sebegitu mudah. Tiap manusia punya karenahnya tersendiri. Ada yang punya perasaan prihatin terhadap orang lain, dan ada juga yang tak punya perasaan langsung untuk peduli terhadap keadaan sekelilingnya. Maka seharusnya keyakinan bagaimana yang perlu kita betulkan mulai saat ini?

"AKU TAK KACAU ORANG LAIN, AKU JUGAK DAH BUAT BAIK SEKADAR YANG MAMPU, MOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN AKU"

Inilah statement yang seharusnya kita ambil dan amalkan dalam kehidupan. Kalau kita mengharapkan orang lain mengikut gerak hati yang kita mahu, sampai bila pun ianya tak akan terjadi. Percayalah! Hanya Dia, Allah, yang maha mengetahui segala sesuatu termasuklah apa yang ada di hati kita. Biarlah Dia yang memahami apa yang kita mahukan, dan biarlah Dia juga yang membalas kebajikan yang kita lakukan sesuai dengan ganjaran yang dijanjikan, kerana Dia tak pernah memungkiri janjiNya.

Lalu, andai berlaku dalam kehidupan kita seperti mana peribahasa melayu, susu dibalas tuba, ikhlaskan hati dalam menerimanya. Kita tiada kuasa mengawal kehendak orang lain, hanya Dia yang maha membolak-balikkan hati hamba-hambaNya. Maka, seharusnya, hanya kepadaNya tempat kita bersandar. Kepada siapa lagi nak kita harapkan sedangkan hidup mati kita di dunia ini pun terletak di tanganNya? Fikir-fikirkan.. =)

Wallahu'alam

-SIBUK DENGAN DUNIAWI-

Sunday, January 2, 2011

Kisah 1

Sedang Amir & Alif berjalan...

Amir: Alif, ko faham tak lecturer mengajar tadi? Cepat sangat la dia ajar. Aku tak dapat nak pick up.
Alif: Kalau kau pun tak dapat pick up apa lagi aku.

Amir: Ye, aku tahu... Hehe.. Tapi nanti kau kena ajar aku jugak nanti!
Alif: Tak payah susah2 pikir, duniawi semua tu!

-TUNG!-
Alif: Adoi, amir, tolong aku! Sakit kot kepala aku... Dalam banyak2 kepala asal la tiang ni pekena jgak kepala aku...

Amir: Oit, kau ni pahal??? Jalan tu tengok la depan... Tu la... Ingat kat akhirat je sampai tiang kat depan pun kau tak nampak eh?

Alif: ........


Kisah 2

 Alif: Weh, kau dah baca belum manga minggu ni??? Rasanya dah update dah...

Amir:  Aku tak layan dah la manga. Taubat aku...

Alif: Eh, asal pulak ni? Tiba je..

Amir: Manga kan ada banyak lukisan pelik2. Berdosa kot... Buat sakit mata je... Tak pasal2 hati pun sakit...

Alif: Alah kau ni... Kartun je pun... Bukannya tengok orang betul...

Amir: ???

Assalamualaikum. Alhamdulillah dipanjatkan atas nikmat kesihatan jasad yang dicucurkan oleh Ilahi kepada kita. Bagaimana pula dengan iman? Apa khabar IMAN kita ya? Sama2 kita tajdid iman kita, moga ianya menjadi pelindung kita di akhirat kelak, bukan pendakwa kita inshaAllah...

Kisah pertama dan kedua yang saya kongsikan, mungkin bagi yang punya ilmu agama yang mencukupi mudah untuk dia interpret masalah di atas. Bagaimana pula yang cetek ilmunya ya?
Ramai yang salah anggap tentang konsep duniawi dan tidak kurang juga yang salah tanggapannya tentang konsep ukhrawi. Islam itu luas. Sekecil2 perkara di dunia ini seperti skrin laptop ini berfungsi dengan baik yang membolehkan anda membaca blog saya ^^, hinggakan sebesar2 perkara seperti bergantinya siang malam dan pengaturan cakerawala di alam semesta. Mengapa mesti dikecilkan skop Islam itu sendiri? Ayuh buka mata, buka hati, buka minda!

Islam bukan semata2 menitik beratkan ibadah untuk kesenangan ukhrawi semata2. Malah Islam sangat2 menganjurkan umatnya untuk mengejar kesenangan duniawi DEMI kesenangan ukhrawi.

"Sebaik2 manusia ialah yang memberi manfaat sesama manusia" 

Lalu dengan mengejar duniawi, bukankah kita juga sedang memberi manfaat sesama manusia? Apa buktinya? Andai anda ingin mengejar kerjaya profesional sebagai seorang doktor, anda sebenarnya sedang berusaha untuk memberi manfaat kepada manusia sejagat. Dengan memberi manfaat kepada manusia, anda juga sedang mengundang rahmat Allah s.w.t.. Malah Allah juga memberi jaminan, orang yang berilmu akan mempunyai darjat yang jauh lebih tinggi daripada seorang 'abid. Maka siapa yang berani mengatakan dengan mengejar duniawi sebenarnya kita mengejar perkara sia2?

 Berkait dengan kisah kedua, ramai yang salah tanggapan tentang masalah ini. Atau mungkin sengaja menyalahkan tanggapannya sendiri. Lupakah kita firman Allah:

"Jangan kamu dekati zina"

Allah tidak mengatakan jangan kamu melakukan zina, tetapi jangan kamu dekati zina. Persoalannya sekarang, aurat kartun tu halal atau tidak untuk kita lihat? Jom kita usha video bawah ni... ^_^

 
Maka ingin saya ingatkan sesama kita, jangan kita bercakap tentang sesuatu yang di luar fahaman kita. Ditakuti ianya menjadi fitnah kepada kita kelak. 

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bercakaplah apabila perlu, ataupun diam."

Sedarkah kita betapa Allah menyayangi kita lebih daripada makhluk2Nya yang kufur? Mari kita survey bukti2 di bawah:

"Katakanlah kepada hamba2ku untuk ucapkan perkataan yang lebih baik" (Surah al Isra' ayat 53)

"Dan (ingatlah)  ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil, "Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, kerabat,anak2 yatim dan orang2 miskin. Dan BERTUTUR KATALAH YANG BAIK KEPADA MANUSIA, ......."(Surah al Baqarah ayat 83)

Apa yang kita nampak pada tiap kata2 peringatan dari Allah kepada kita? Lihatlah dengan mata hati. Betapa Allah memuliakan kita sebagai hamba2Nya untuk menuturkan kata2 yang LEBIH BAIK, sedangkan bani Israil hanya diperintahkan untuk menuturkan kata2 yang baik sahaja. Islam tu cantik kan? ^^

Masihkah kita ingat apa tanda2 Hari Qiamat? Yang kecil dan besar? Antara tanda2 besar yang tersebut ialah terbitnya matahari di belah barat. Ada ulama yang menafsirkan terbitnya matahari tersebut sebagai kias kepada terbitnya cahaya Islam di barat. Takpe, saya pun bukanlah orang yang berilmu sangat untuk bincang tentang khilaf pendapat ulama, tapi kita masih boleh ambil pengajaran daripada pendapat tersebut.

Seorang ulama yang terkenal membuat puisi bagi menggambarkan keadaan umat manusia di barat dan negara Islam..

"Aku melihat umat Islam di negara Islam, tetapi aku tak nampak Islam. Di Barat, aku melihat tiada umat Islam, tapi wujudnya Islam..."

Recently, masyarakat Barat semakin ramai yang memeluk kembali agama fitrah mereka yakni Islam. Mengapa ya? Pernah tak kita terfikir? 

Pada zaman Renaissance, mereka menanam semangat untuk membangun dengan memegang pada panji kebendaan. Mereka mahukan kemajuan dan kemodenan. Mereka mahu mengejar dunia, mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih gemilang sehinggakan ada negara yang berhajat untuk menguasai dunia seperti Itali, Sepanyol, dll. Untuk mencapai panji yang dipegang, mereka sanggup  mengorbankan apa sahaja yang menjadi penghalang mereka, termasuk agama mereka sendiri ketika itu. Sebab tu lah wujudnya Kristian Protestan yang menentang Kristian Katolik. Mereka menolak agama apabila mendapatinya hanya akan menghalang visi dan misi mereka. Akhirnya, adakah mereka berjaya mencapai panji kebendaan tu? Buka mata, lihat sendiri dunia kini...

Tapi, setelah mereka berjaya meraih panji kebendaan, apabila tiadanya pegangan rohani yang seharusnya menjadi fitrah manusia, maka jiwa menjadi kosong. Gelap dalam gelita malam. Kerana apa? Tiadanya makanan yang terisi untuk sang jiwa yang lapar. Buka mata sekali lagi, lihat Barat sekarang. Sistem sekular yang diamalkan yang kononnya dianggap punca kejayaan mereka sehinggakan dicontohi pula oleh negara2 monyet, kini kehidupan mereka terus dipenjara dengan hawa nafsu, hidup dalam penipuan sendiri. Lalu, bagi mereka yang masih terasa indah dengan kehidupan sedemikian, maka mereka akan terus mengendahkan kunci kepada penjara mereka sendiri yang sudah lama diutuskan oleh Tuhan. Bagi mereka yang sedar, apa pula tindakan mereka?

"Orang2 yang kami telah berikannya kitab (Taurat dan Injil) mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal anak2 mereka sendiri. Sesungguhnya sebahagian mereka pasti menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahuinya" (Surah al Baqarah ayat 146)

Hari ini semakin ramai yang meredah lautan kegelapan mereka. Terus menyelam mencari sinar cahaya Ilahi. Setiap agama diteliti, bagi menyesuaikan dengan fitrah diri mereka maka ISLAM menjadi pilihan. Mengapa ya?

Agama Hindu & Buddha tidak menitik beratkan soal duniawi. Bukti? Lihat sendiri sami2 mereka. Sehinggakan ada yang sanggup tak memakai selipar untuk menunjukkan "kezuhudan" mereka. Adakah ini sesuai dengan kehendak masyarakat Barat hari ini yang mementingkan kemodenan?

Agama Kristian pula bagaimana? Jika mereka berakal, bagaimana sejarah telah membuktikan kemusykilan dalam agama itu sendiri. Bagaimana penganut mereka sendiri pada zaman Renaissance menentang agama ini sehingga melahirkan Kristian Protestan bagi menentang Kristian Katolik. Terdapat pelbagai lagi kemusykilan yang boleh dihuraikan termasuklah kebenaran Kitab mereka sendiri yang sengaja digubah sehingga hilang keasliannya seperti mana diturunkan oleh Allah kepada Nabi Isa alaihi salam.

Maka agama Islam pula bagaimana? Sejarah membuktikan betapa Islam mementingkan kemajuan dalam ilmu. Even surah pertama yang diturunkan ialah surah al Alaq yang mewajibkan umat Islam mengejar Ilmu.

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu yang maha agung. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya."

Telah kita huraikan tentang skop Islam yang luas di perenggan atas. Maka terbukti cahaya Islam semakin menyinar di bumi Barat sedangkan cahaya Islam semakin pudar dinyalakan oleh umatnya sendiri di bumi Islam. Adakah kita termasuk hamba2Nya yang bersyukur?

Imam Syafie berkata, " Jika kamu hendakkan dunia, hendaklah dengan ilmu. Jika kamu hendakkan akhirat, hendaklah dengan ilmu. Jika kamu hendakkan kedua2nya, hendaklah dengan ilmu"

Tepuk dada, tanya iman... ^_^
 Wallahu'alam...   

~Rempuhilah Sangkar Gelita, Jejakilah Langit Ilahi~ SALAM MAAL HIJRAH

Sunday, December 12, 2010

Ibnu Mas'ud berkata: "Apabila tiba Tahun Baru, perkara yang paling aku takuti ialah amalanku tidak bertambah"

 Alhamdulillah berlalu sudah 1431H, terbit pula tahun baru 1432H. Aku tertanya-tanya, apa rahsianya di sebalik tahun tu?

"Soalan apa ni? Mesti la tahu. Tiap2 tahun tok imam duk ulang ceramah yang sama, sampai dah hafal skrip" :P

Eh tak salah untuk kita ulangkaji together kan? Bak kata istilah kami di sini, Team Based Learning.. :D
Tahun Baru Hijrah means terbenamnya tahun hijrah yang lalu, terbitnya tahun hijrah yang baru. Juga dalam erti kata lain, sudah 1432 tahun berlalu since our prophet Muhammad S.A.W. menunaikan amanah baginda untuk berhijrah dari Tanah Haram Pertama ke Tanah Haram Kedua yakni Mekah ke Madinah. Hijrah ni tak bermaksud melarikan diri dari masalah, tapi menyelesaikan masalah kita dengan mengaplikasikan strategi yang baru.

Sebenarnya banyak hikmah yang boleh aku singkap dari peristiwa Hijrah ni. Tapi untuk post kali ni, aku lebih gemar mengukir tentang strategi baru sempena tahun baru yang masih "fajar". Apa strategi baru aku ye? ^^

"Eh mane bleh bgtau.. Privacy la.. Suke2 je nak cite kt orang..."

"Eh suka hati gua la? Ni kan blog gua. Lu baca cukup la. Nak komen-komen, pi kat bawah tu.. =P"

Hah.. Dah baca kan my title above? That's my newly formed strategy yang aku tak pernah terfikir sebelum ni. Apakah udang di sebalik mee segera tu?

"Rempuhilah Sangkar Gelitamu, Jejakilah Langit Ilahi"

"Sungguh orang2 yang beriman & yang mengerjakan kebajikan mereka itu adalah sebaik2 makhluk" (surah al bayyinah ayat 7)

Sungguh aku memang sering sangat leka dengan dunia yang sarat pesona dusta. Maka terletak atas akalku jalan mana hendak diikut. Telah disuluhkan laluan, diberi segala pedoman, teriring akal fikiran, jalan mana yang terbaik untuk aku. Ingat! Aku tak kata untuk ALLAH, tapi jalan terbaik untuk AKU. Allah sememang2nya & memang tak boleh disangkal bahawa Dia MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG. Dia dah suluhkan aku jalan yang menuju ke kebahagiaan yang sebenar melalui ayat2 cintanya yang terukir di atas mushaf yang agung. Maka mengapa aku masih ingin berpaling daripadaNya? Mohon keampunan dariMu ya Allah...

Maka berbalik pada topik asal, what is meant by my words there ye? Aku sedar, aku yang menjerumuskan diri ke jalan kebinasaan. Mengapa? Every success starts by 1st step. This words give a good meaning but also can be transfered to the other way. Setiap kesalahan yang aku lakukan sebenarnya starts since I'm the one who started it. Apabila sudah membiasakan diri dengan keadaan itu, sebenarnya aku membiarkan jasad & rohaniku dikuasai oleh halusinasiku sendiri (sorry kalau konsep ni salah. Based on my senior's words, there're some differences between illusion & halusination. If there's mistake, please correct me k? ^^). Apakah ertinya hidup dalam dunia halusinasi yang ku cipta sendiri? Seolah2 aku berfikiran keanakan. Tak berkembang. Adakah ini makna kebahagiaan yang kucari? Maka apa pula beza diri ini dengan kanak2 yang sedang bermain anak patung yang sedang ditemani oleh ibunya pun kadang2 dia tak perasan kerana terlalu asyik dengan halusinasinya? Lantas kutepuk dada, tanya iman...

Kukiaskan kehidupan yang penuh halusinasi itu dengan sangkar gelita. Kerana walaupun hati ini degil berkata aku bahagia dengan kehidupan yang sedemikian, sebenarnya bisikan nuraniku memberontak. Hatiku futur. Futur akan makanannya. Apakah makanan untuk hati ini?

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"

Walaupun kusesat dalam belukar, terkapai2 di tengah lautan, atau terkurung dalam sangkar gelita, bukankah aku masih ada langit untuk ditatap. Sungguh kulupa, sebenarnya Dia sudahpun mengirimkan kuncinya kepadaku? Atau adakah aku sendiri yang
sengaja tak mengendahkannya?  

 Lantas ku bangkit, menyahut seruanNya..

Kurempuhi sangkarku...
Yang sudah terlalu lama membelenggu hati ini...
Hingga dia sombong akan khaliqnya...
Kuterbang ke LangitNya...
Hatiku sudah terlalu merindukan kehangatan cintaNya...
Cukuplah sudah sisa2 hidup yang tersia2 dalam fantasi ini...
Hatiku futur mencari kebahagiaan yang hakiki...

Akhir kata,

 SALAM MAAL HIJRAH BUAT SEMUA UMAT ISLAM ^_^



Bersama kita perbaiki dir, wallahu'alam...
Ukhuwah fillah... ^_^