Ketika ku dicipta..
Kutemui Yang Mencipta daku..
Lantas ditanyakan siapakah Tuhanku..
Ikrarku hanya Dia Yang Satu..
Tiada yang lain, hanyalah diriMu..
Kemudian dijanjikan kepadaku..
Alam yang bakal kulalui bukan mudah..
Namun Dia memberi jaminan kepadaku..
Dia sentiasa bersamaku..
Ketika ku dilahirkan..
Aku menangis..
Ku terdengar teriakan dan ketawa..
Ku tak mengerti..
Mengapakah mereka ketawa, sedangkan hanya kumenangis..
Lalu seorang wanita mengucupku..
Hatiku terasa nyaman tenteram..
Ku tertanya gerangan siapakah yang memangku daku..
Kubahagia bersamanya..
Ketika ku melangkah ke alam si kecil..
Sukar sekali menahan keinginanku..
Ingin miliki segala di hadapanku..
Hingga sering kali dimarahi oleh seorang yang paling kutakuti..
Dia yang bernama ayah..
Walaupun dia kutakuti..
Hatiku terasa selamat bersamanya..
Semakin hari semakin kukasih kepadanya..
Ketika usiaku meningkat remaja..
Segala kemahuanku mampu kukuasai..
Tiada lagi budak hingusan..
Yang menangis tak berhenti hanya kerana kemahuannya tiada dipenuhi..
Aku dididik dengan ilmu Tuhanku..
Untuk berjalan di atas bumiNya..
Hanya kerana Dia..
Kuhanya teringat janjiku kepadaNya suatu masa dahulu..
Apabila guruku berkongsi ilmunya kepadaku..
Maka dengan hati yang masih tebal imannya..
Sesuai dengan matahari yang di puncak langit..
Janjiku pada diriku..
Tiada suatu perkara yang kulakukan..
Melainkan atas redaNya..
Kerana dari Dia aku datang..
Kerana kepada Dia aku kembali..
Namun..
Semakin jauh kuberjalan..
Kusaksikan permainan dunia begitu mencabar..
Semakin ramai manusia tertipu..
Tertipu dengan mainan dan lakonan yang sementara..
Mereka yang tertipu bukan semata mereka yang mulanya sudah jauh dari Tuhannya..
Malah mereka yang pernah berjalan seiringan denganku..
Turut rebah..
Terpesong dari jalanNya..
Iaitu jalan yang pernah mereka ikrar ketika bersamaku..
Ikrar untuk tiada menduakanNya..
Menduakan Dia dengan nikmat dunia yang terbatas..
Kumencari di manakah silapnya..
Mengapa mereka yang punya ilmu melebihiku juga rebah..
Mengapa mereka yang lebih berusia dariku juga jatuh..
Bukankah mereka melebihi daripadaku segalanya..
Mereka punya nikmat Tuhan lebih besar..
Namun hebatnya dunia hingga bisa merebahkan mereka..
Lalu kuimbas kembali..
Janjiku yang lalu kepada Tuhanku..
Juga janji Dia kepadaku..
Tiada janji..
Dunia ini bakal mudah andai kubersamaNya..
Namun hanyalah janji..
Dia sentiasa bersamaku sepanjang langkahku..
Menemaniku meredah lautan keindahan dunia..
Mencari sakinah yang hakiki..
Maka dengan ikrar sejak ciptaanku..
Tiada suatu perkara yang kulakukan..
Melainkan atas redaNya..
Kerana dari Dia aku datang..
Kerana kepada Dia aku kembali..
0 comments:
Post a Comment