Mengapa Shifaul Qalbi?

Saturday, December 4, 2010

Alhamdulillah syukur dipanjatkan atas ke hadrat zat yang Maha Esa dibukakan hati untuk si musafir ini memanfaatkan ilmu & kemudahan yg ada (If you know what I mean ^_^). Lama sudah jari ini direhatkan daripada mengukir karya & kata-kata buat pemangkin semangat & pengukir jati. Oleh sebab saya masih baru di sini, harap orang lama boleh membantu sedikit sebanyak. Moga Allah membalas anda dengan lembayung rahmat yang melangit. Sama-sama kita perbaiki diri...

Mengapa Shifaul Qalbi? Pasti anda tertanya-tanya kan? Saya dapat ilham ini pun setelah 5 minit tafakur sebentar. ^^
Mudahnya, saya rungkaikan Shifaul Qalbi = Penawar Hati. My point is semua penawar berkait rapat dengan satu matter yang bersifat abstrak dalam diri kita- perasaan fitrah. Perubatan dunia semasa sememangnya sudah semakin giat membuat combination antara kedua-duanya. Perasaan fitrah itu berkait rapat dengan kepercayaan & keyakinan yang kita pegang. Maka secara asasnya al-Quran & sunnah Khatimul Anbiyaa kita, Muhammad s.a.w. ialah source of instruction in our life. Maka dengan inisiatif kita sendirilah sebagai si musafir di dunia ini mengukir "bond" antara ketiga-tiga tersebut. Secara summary yang ingin saya utarakan: 
           
       Perubatan Moden -> Fitrah Insaniah -> al Quran & Sunnah

Ramai tokoh-tokoh terdahulu & kini mampu lakukannya, mengapa kita tidak? Apabila berlakunya combination seperti diatas, maka terpanarlah cahaya Islam yang syumul di muka bumi ini. Kalau kita berasa gembira dengan keredaan ibu bapa kita kepada kita, bagaimana pula andai keredaan Allah & RasulNya sampai kepada kita?

"Sesungguhnya Dia (Allah) yang menurunkan penyakit, Dia jugalah yang menurunkan ubatnya"

Ingin saya ketengahkan satu situasi. Andai kita dipinjamkan nikmat sihat, secara normalnya memang ramai manusia yang lalai & leka. Mengapa? Memang itu sifat manusia. Asal maksud manusia itu sendiri pun "lupa"  kan? Andai kita diuji pula dengan sakit, maka ketika itu memang secara fitrahnya manusia mula futur akan rahmatNya. Mulalah zikir-zikir cinta mengalir deras di bibirnya mengharapkan ehsan Yang Esa. Siap nyanyi lagu EdCoustic lg - Muhasabah Cinta. ^^ Maka dengan keyakinan & pengharapan yang melangit, secara sainsnya kita akan menghasilkan hormon-hormon yang +ve bagi menghasilkan negative feedback kepada badan kita, lantas membantu proses recover of our body. Terbukti kan?

Sabda Rasulullah s.a.w. "2 nikmat yang sering manusia lupa. Sihat dan masa lapang" 

Dengan ilmu yang tak seberapa, akan saya kongsikan bersama inshaAllah. Bersama kita ambil ibrah... ^_^
 Wallahu'alam

2 comments:

wallayahemmak said...

salam alaykum wbt anas.....=)
masyaAllah...tabarakallah...
selamat berjuang di bumi maya... semoga Shifaul Qalbi mampu merawat pelbagai jiwa yang lara, agar lebih dekat lagi dengan Yang Maha Esa insyaAllah....

p/s: [baru 1st post, ayat dh berbunga2... waiting for the next one...=p]

a new journey has just begun! hehe!

AFRedza said...

haha.. thanks 4 the support! inshaAllah ilham utk post ke-2 akan muncul dlm masa t'dekat.. ^_^

Post a Comment