Rezeki Mai Dah~

Friday, October 28, 2011




Pada suatu petang, di salah sebuah rumah di Camp Caesar yang didiami oleh beberapa mahasiswa perubatan Mesir dilawati oleh seorang sahabat...

“Ting Tong”

“Kejap-kejap.. Aku nak buka ni”

“Assalamualaikum.. Amir (bukan nama sebenar), kau dah masak dah? Aku lapar gila ni.. Breakfast aku tak sempat ambik tadi, bangun lewat kan, so dah alang-alang aku mai je la rumah kau.. Ha cepat la masak.. hehe..”

“La muka mamat ni lagi.. Semalam pun muka dia, kelmarin pun muka dia.. Esok muka ni lagi la kot..”  (kata hati) “Erm ok masuklah.. Aku tengah masak kat dapur ni”

Itulah senario yang kita alami, ataupun saksikan pada setiap hari dalam kehidupan kita. Ada yang melihat senario di atas hanyalah perkara biasa. Maka mereka masing-masing, tetamu yang bertamu mahupun tuan rumah yang bertuan, hanya endah tak endah dengan apa yang berlaku.

Setiap perkara, ada akarnya, dan adab ialah akar kepada sebuah perhubungan. Pada zaman kegemilangan Islam yang lalu, para pelajar mendalami ilmu adab sebelum menerajui sebarang bidang yang membawa kemajuan Negara Islam mereka. Mari kita kembali semula kepada syariat yang berbicara tentang perkara yang sangat berkait dengan keadaan di atas.

Tuan Rumah

Hadis Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat,  hendaklah dia memuliakan tetamu”

Islam meletakkan tetamu itu di satu kedudukan yang mulia, sehingga diperintahkan kepada umat Islam supaya memuliakan tetamunya. Sehinggakan dikatakan, tetamu yang bertamu itu sebenarnya membuka pintu rezeki. Mungkin ada antara kita susah hati apabila datangnya sahabat kita yang ingin bertamu, “Habislah lauk aku hari ni” “Erk, cukup ke lauk aku ni” “Adoi nampaknya bulan ni nak kena tambah lagi la bajet, tiap-tiap hari cam ramai je yang mai umah aku ni..” “Hah??? Mamat ni tak ada rumah ke?? Ish, aku bakar jugak kang rumah dia ni........”

Percayalah saudara, anda sebenarnya tak rugi, malah sebenarnya Allah ingin melipat-gandakan rezeki anda. Allah tak pernah mungkir janji. Tiap hukumNya hanyalah untuk kebaikan hambaNya, bukanlah untuk diriNya. Dia tak lemah dan tak akan lemah hanya kerana hambaNya tidak meletakkan ketaatan kepadaNya. Malah Dia berjanji untuk meluaskan pintu rezeki kepada kita. Lalu apakah kita masih mahu meragui, dengan berkata tetamu yang datang hanya membawa musibah kepada kita?? Ya, memang betul, musibah itu ialah kurangnya stok makanan kita dalam peti ais, tapi percayalah, rezeki itu ada di mana-mana. Siapa tahu, kalau anda tak mengeluarkan makanan itu pada hari itu, anda sudah tak mampu mengeluarkannya lagi sampai bila-bila kerana terpaksa melihat makanan itu terhidang dalam bakul sampah, bukan lagi dalam hidangan dinner. Kan sudah hilang rezeki itu tanpa kita sedar.




Tetamu

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ziarahilah jarang-jarang, nescaya akan bertambah kasih sayang”

Manusia itu makhluk yang mudah lupa dan berasa jemu. Ini suatu fakta yang harus kita akui. Dengan itu, Allah mensyariatkan kepada hambaNya sesuai dengan sifatnya. Mungkin kita menganggap sahabat yang kita ziarahi itu sebagai member, maka perasaan malu itu dirasakan tak perlu, terus dipendam hingga ke dasar. Cuba kita meletakkan diri kita di tempatnya. Adakah kita berasa selesa apabila setiap hari rumah kita bertamukan orang yang sama dan memiliki ketebalan muka 5 inci? Ingatlah, orang tua kita pun selalu mengingatkan kita, betapa kita sebagai tetamu tak layak meninggikan suara di rumah tuan rumah, apa lagi ingin menjadikan tuan rumah sebagai kuli kita.

Sebagaimana yang diajarkan oleh baginda, mengapakah apabila kita jarang-jarang menziarahi sahabat kita, boleh bertambah kasih sayang?

Kerana perasaan hangat yang tiba apabila dipendam lama-lama, apabila bersua, meloncatlah perasaan itu. Inilah RINDU

Perasaan kasih sayang itu akan lebih kuat bersemi apabila RINDU itu turut menghiasi sebuah persaudaraan.


Akhir kalam, renung kembali, apabila kita bertamu di rumah sahabat kita, di manakah kita meletakkan diri kita? Sebagai commercial? Beneficence? Atau parasites? ^^

Wallahu’alam

Bayu dan Taufan

"Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"   (Surah el 'asr ayat 1-3)


Sering kali kita mendengar surah ini dibacakan. Tak kira walau di mana majlis yang diadakan, selalunya kita akan membaca surah ini sebagai menutup majlis atas dasar adab dalam memelihara keberkatan majlis yang diadakan. Namun sejauh mana kita mampu menghayati, atas sebab apa surah ini dipilih bagi menutup majlis? Adakah kerana surah ini yang paling ringkas, jadi cepat sedikit untuk kita akhirkan majlis itu? Kalau benar, kenapa tak dipilih surah el Kauthar? Kan surah itu yang paling pendek?

Pernahkah kita mendengar kalam Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"2 nikmat yang sering manusia lupa. Nikmat sihat dan masa lapang"

Kehidupan kita di dunia ini ibarat lilin yang menyala. Ada kalanya api nyalaannya ditiup dengan bayu nan lembut, sehingga kita senang dengannya. Ada kalanya api nyalaannya disergah dengan taufan awan yang mendung, sehingga hampir sahaja lilin itu berputus asa dalam memelihara nyalaannya agar sentiasa gah berada di atasnya.

Ketika bayu nan lembut itu terus meniup api nyalaan kita, hati kita berasa senang. Malah kita berasa indah dengan membiarkan api nyalaan kita menari-nari, asyik dalam dunia kesenangan yang diberi kepada kita. Namun, sedarkah kita, walaupun dengan bayu nan lembut itu, juga mampu memadamkan api nyalaan kita tanpa kita sedari? Ya, apabila kita mula alpa dan leka dengan bayu tersebut, maka tanpa sedar, api kita mula malap lalu terpadamlah ia dengan sendirinya.



Ketika taufan pula melanda, kita bersusah payah menahan api nyalaan kita daripada terpadam. Sehingga diletakkan tembok besar bagi menahan taufan itu, semata-mata bagi memelihara api nyalaan kita. Ketika itu, kita mula sedar akan pentingnya api nyalaan kita itu. Andai terpadam api itu, maka gelap-gelitalah keadaan kita.



Ketahuilah, sesungguhnya api itu ialah umur kita, bayu itulah nikmat dunia, manakala taufan itu pula ialah ujian. Ketika bayu itu tiba, kita leka dengan nikmat dunia. Hanyut dalam kelalaian. Andai di kala bayu itu tiba, kita masih sedar akan pentingnya api nyalaan kita itu, sudah tentu di kala itu jua kita akan memanfaatkan nyalaan itu agar ianya tak menjadi sia-sia. Malah kita juga pasti mencari sesuatu bagi melindungi api nyalaan kita daripada taufan yang bila-bila sahaja boleh tiba. Adakah apabila taufan mula melanda, baru kita kalut mencari tempat perlindungan? Andai sudah terlambat, nescaya terpadamlah api itu buat selama-lamanya.

Maka sementara kita masih berada dalam bayu itu, gunakanlah sebaik-baiknya. Jangan biarkan diri kita hanyut dalam kealpaan, hinggakan apabila kita mula sedar akan hal itu, ianya sudah terlambat. Api lilin itu boleh terpadam di kala bayu nan lembut bertamu, boleh juga terpadam apabila taufan mendung menyerbu. Sementara api itu masih ada, manfaatkanlah ia sebaiknya.

Wallahu'alam

Azan Penyelamat Kota Baghdad Bahagian 2



Komanden itu menghampiri mereka diikuti oleh dua orang pengikut. Bau arak begitu kuat daripada mulut mereka. Melihat sikap tiga orang dajjal itu, kemarahan imam muda mula terpancar. Keberaniannya terkumpul.

"Wahai dajjal! Malam ini merupakan malam terakhir buat segala kejahatanmu! Kau akan menjadi peringatan bagi semua penduduk Baghdad, sebagaimana Firaun menjadi peringatan buat sekalian umat manusia! Kezaliman pasti binasa!"

Si komanden terketawa.

"Sudahlah imam. Kau jangan nak berkhutbah. Kita berdamai sahaja. Serahkan sahaja wanita itu. Aku jamin, aku dan anak buahku tidak akan mengganggumu, juga isteri dan seluruh kerabatmu. Bagaimana? Anggaplah ini sebagai bentuk penghormatan buatmu sebagai imam. Bagaimana imam?"

"Wanita ini telah meminta bantuanku. Dan aku telah berjanji untuk membantunya. Bahkan aku katakan, dia akan aman di rumah Allah ini. Maka kau tidak boleh menyentuhnya sebelum kau langkah mayatku!" Jawab imam dengan mata yang membara.

Mendengar jawapan itu, komanden mula berang lalu menjawab, "Masih ada pembangkang rupanya! Beri pengajaran kepada imam yang bak pahlawan ini!"

Tanpa bicara, kedua-dua anak buahnya menyerang imam itu dengan ganas. Tak berapa lama kemudian, imam itu jatuh tersungkur. Mereka mengikatnya di tiang masjid, dalam keadaan mukanya yang lebam. Komanden menghampiri, lalu meludah ke mukanya.

"Hoi pahlawan! Aku berjanji, aku akan cari anak gadismu dan kujadikan dia terhina seperti yang lain!" Kata komanden itu dengan penuh dendam.

Imam menjawab dengan lirih, "Esok, sebelum matahari terbenam, kau akan diludahi oleh seluruh penduduk kota Baghdad. Allah maha mendengar doa hambaNya yang teraniaya."

Mendengar kata-kata itu, si komanden naik berang lalu meludahinya sekali lagi. Kemudian dia mengambil cambuknya lalu memukul imam itu beberapa kali. Muka imam itu merah berdarah. Jubahnya yang putih kini kemerahan. Sementara itu, wanita yang menyaksikan kejadian itu menjerit-jerit lalu jatuh tidak sedarkan diri.

Tubuh imam itu benar-benar seperti kain lusuh. Setelah puas, komanden itu menyuruh anak buahnya melepaskan imam itu. Tubuh itu lantas rebah menyembah bumi. Si komanden itu kemudian beranjak ke arah wanita itu lalu digendongnya. Sambil tertawa, mereka keluar dari masjid yang berdarah itu.

Di tengah jalan, wanita itu mula sedarkan diri lalu meronta-ronta dan berteriak meminta tolong. Si komanden lantas menyumbat sesuatu ke dalam mulutnya. Wanita itu terus meronta sambil matanya terus basah mengalirkan air mata.

*********************************

Dengan tubuh yang remuk redam, imam itu berusaha mengumpul segala tenaganya lalu bangkit. Dia bayangkan jika wanita tadi isteri atau anak gadisnya. Dia bertekad, kezaliman komanden itu harus dihentikan segera.

Setelah bangkit, dia berusaha memikirkan sesuatu. Akhirnya dia terfikirkan sesuatu. Azan. Dia akan menghentikan kezaliman ini dengan azan. Subuh masih belum tiba, tapi dia harus azan. Dia segera ke menara lalu melaungkan azan.

"Hayya 'alal falah... Hayya 'alal falah..."

Kota Baghdad kecoh. Tak lama kemudian, khalifah dan para menteri datang. Khalifah marah-marah kerana menganggap imam itu main-main.

"Azan itu ada aturannya! Kamu sebagai imam, takkan kamu tak tahu!" Sang khalifah  mengherdik. Imam meminta maaf, lalu berkata:

"Tapi saya tiada cara lain lagi bagi membanteras kemungkaran yang berlaku. Lihatlah tubuh saya wahai khalifah. Azan yang kualunkan tadi bagi menyedarkan tuanku. Ada sebuah kemungkaran yang berlaku di belakang tuanku."

Lalu diceritakan kepada khalifah perihal segala kezaliman komanden Turki itu. Juga nasib wanita muda yang kini berada dalam genggamannya.

"Jika terus dibiarkan, tak mustahil dia akan berani melakukan hal yang sama kepada permaisuri tuanku atau mungkin puteri tuanku. Tiada yang mampu mencegahnya melainkan tuanku." Kata imam membakar kemurkaan khalifah.

Khalifah lantas mengeluarkan titah, "Kerjakan dia, buatkan dia tak terdaya! Dan esok siang, arak dia di jalan-jalan utama Kota Baghdad sebagai pengajaran buat siapa-siapa yang berlaku zalim dan bongkak di muka bumi ini!"

Perintah khalifah segera terlaksana. Komanden dajjal itu diserkup di saat dia hendak menodai wanita itu. Anak-anak buahnya yang menentang lantas tersungkur di bawah tapak kaki para tentera yang terlatih. Komanden itu terus dikerjakan hingga tubuhnya remuk tak terdaya. Siangnya, dia diheret dan diarak dengan kuda bagi dipertontonkan kepada penduduk Baghdad. Di sepanjang jalan, dia diludahi oleh mereka yang mengetahui kezalimannya.

Kisah imam dan senjata azannya menjadi masyhur. Kewibawaan ulama terangkat. Doa dan kata-kata ulama tidak lagi diremehkan.

*THE END*

Lalu apakah ibrah yang boleh kita kaut dalam kisah di atas? Setiap daripada kita tahu, doa merupakan senjata orang mukmin. Secara kasarnya, kisah di atas mempamerkan kemenangan buat seorang imam muda ke atas seorang komander yang zalim. Namun hakikatnya Allah yang membanteras kezaliman dajjal itu. Mengapa? Jika Allah tidak menurunkan ilham untuk melaungkan azan kepada imam itu, pasti imam itu tidak akan punya jalan solusi, wanita itu akan dinodai, kezaliman komander itu terus berleluasa, khalifah terus diperbodohkan, lebih ramai mangsa terlibat dan pastinya pengakhiran kisah ini tak akan berlaku seperti mana yang kita baca tadi. Benar kan?

Maka segalanya kembali kepada Allah. Kita sebagai pelajar yang berjuang di medan ilmu, kewajipan untuk kita terus meletakkan Dia di hadapan kita tak patut terlupa. Mahukah kita menjadi hamba yang derhaka?

Akhir kalam, mungkin ada di antara kita yang akan menghadapi situasi sedemikian ketika memegang amanah sebagai musyrif akhawat di bumi mesir ini. Bolehlah ambil tips daripada kisah di atas. Ye tak? =)

Wallahu'alam

Azan Penyelamat Kota Baghdad Bahagian 1



KOTA BAGHDAD terang dengan cahaya purnama. Beberapa orang masih terjaga, namun banyak juga yang telah menutup jendela dan pintu rumahnya.

Lelaki setengah baya berjubah putih  itu masih asyik dalam tadabburnya. Hanya dia ditemani dengan al Quran di dalam masjid itu kerana memang dialah yang diamanahkan untuk menjadi imam dan pengurus masjid itu. Biasanya dia ditemani oleh seorang anak muda, namun anak muda itu telah pulang menjenguk orang tuanya.

Tiba-tiba, kedengaran suara jeritan seorang wanita meminta tolong. Semakin lama, suara itu semakin hampir.

"Tolong! Tolonglah saya wahai penduduk Baghdad!"

Imam itu melihat ke arah suara itu. Kelihatan sekujur tubuh seorang wanita berlari ke arahnya. Lantas dia menutup mushafnya sebagai tanda menutup tadabburnya malam itu.

"Tolong saya tuan! Tolonglah saya! Saya hendak dijahati oleh komanden Turki yang bengis itu! Tolonglah saya!" Wanita muda itu bermuka pucat dan dalam ketakutan yang amat.

"Tenanglah. Kamu inshaAllah akan selamat di rumah Allah ini. Tenanglah!" Dia berusaha menenangkan wanita itu, meskipun nuraninya agak kecut seraya mendengar nama komanden Turki yang terkenal dengan kezalimannya ke atas penduduk.

Dengan kekuatan dan kekuasaan bersama dengan anak-anak buahnya, komanden Turki itu telah menjelma sebagai Firaun baru di Kota Baghdad. Komanden itu sangat ditakuti oleh penduduk, tetapi disayangi oleh khalifah kerana khalifah itu tidak pernah tahu akan semua kejahatannya, tetapi yang beliau tahu hanyalah kesetiaan dan prestasi yang gemilang dicapai oleh komanden itu.

Bagi rakyat biasa, komanden Turki itu ialah makhluk yang sangat menakutkan. Sudah ramai yang diminta isteri-isteri mereka secara paksa. Kalau melawan, nescaya akan dikasari dan difitnah kemudian dipenjara atas tuduhan membuat kekacauan.

"Bagaimana kamu boleh terlibat dengan komanden itu? Di mana dia sekarang?" Tanya imam.

Sambil menangis, wanita itu bercerita, suaminya sedang sakit kuat. Usai solat Isyak, dia keluar mencari tabib. Namun, malang tak berbau, di tengah jalan, dia bertembung dengan komanden dan anak-anak buahnya itu yang sedang mabuk. Lantas dia ditangkap dan dikurung di rumah komanden itu. Dia tahu, dia akan dinodai. Ketika komanden itu sedang lengah, dia berjaya keluar dari rumahnya dengan meloncat keluar melalui tingkap. Kaki kanannya terseliuh, namun dia segera berlari. Sepanjang jalan dia berteriak meminta tolong namun tiada siapa yang mahu membuka pintu rumahnya.Sementara itu, si komanden dan anak-anak buahnya sedang mengejarnya. Akhirnya dia terlihat sebuah masjid yang masih terbuka pintunya, mengharapkan masih ada penghuni di dalamnya.

"Tenanglah, di rumah Allah ini kamu akan aman. Allah yang akan melindungimu," imam itu menenangkan wanita itu, sambil menenangkan dirinya sendiri. Dia yakin, sebentar lagi dia akan berhadapan dengan dajjal itu. Dia minta wanita itu duduk jauh di samping sebuah tiang sementara dia sibuk memikirkan jalan keluar.

Tiba-tiba..

"Ha ha ha! Di sini rupanya kau! Ke sini kau manis! Tiada gunanya kau bersembunyi di masjid! Tiada gunanya kau meminta tolong dengan si imam tengik itu! Bahkan ayahmu, suamimu tak akan mampu menolongmu, jika aku mahukanmu!"

Suara jeritan itu memecahkan keheningan malam itu. Imam dan wanita itu terkejut. Wanita itu menggigil ketakutan kembali.




Bersambung...

Permata Sedekah

Diriwayatkan oleh seorang ulama besar, Fudhail Bin ‘Iyadh..

Ada seorang lelaki yang keluar dengan seekor kambing. Dia menjual kambingnya dengan harga satu dirham untuk membeli tepung. Kemudian, dia melalui dua orang yang sedang berkelahi, lalu dia berkata “Apa ini?”
Dijelaskan kepadanya bahawa mereka sedang berkelahi hanya kerana merebutkan satu dirham. Maka, terbitlah perasaan kemanusiaannya untuk memberikan satu dirham miliknya kepada mereka. Setelah itu, dia pulang lalu bercerita kepada isterinya akan apa yang telah terjadi.

Isterinya lantas mengumpulkan apa saja yang ada di rumah untuk si suami jual , tapi semuanya tidak laku. Lalu dia pulang ke rumah dalam keadaan longlai, tiba-tiba datang seorang lelaki yang sedang membawa seekor ikan yang rosak.

Pembawa ikan itu berkata, “Engkau membawa barang yang tidak laku, begitu juga dengan aku. Bagaimana jika aku membeli barang milikmu dengan yang aku bawa ini?”

Dia setuju. Mereka berdua saling menukar barang, lalu dia pulang ke rumah. Sampai di rumah, dia berkata:

“Wahai isteriku, bersihkanlah ikan itu segera! Kerana kita hampir mati kelaparan.”

Isterinya segera membersihkan ikan itu. Saat membelah perut ikan itu, didapati sebutir mutiara dalam perut ikan itu. Si isteri segera keluarkannya, seraya berkata kepada suaminya:

“Suamiku, ada sesuatu keluar daripada perut ikan ini, agaknya mutiara! Apakah kamu tahu berapa harga kira-kira mutiara ini?”
“Tidak tahu,” jawabnya, “tapi aku punya teman yang mengerti akan hal itu.”

Dia ambil mutiara itu untuk dibawa ke tempat temannya yang ahli mutiara. Apabila tiba, dia memberi salam lalu menceritakan akan apa yang telah terjadi.

“Temanku, lihatlah, berapa kira-kira harga mutiara ini?” Katanya.

Setelah meneliti dengan saksama, temannya menjawab:

“Saya hanya mampu membeli dengan harga 40 000 dirham. Jika kamu mahu, akan kubayar sekarang juga. Tapi jika kamu mahu lebih dari itu, pergilah temui orang ini, kerana dia akan membeli dengan harga yang lebih tinggi daripadaku.”

Dia pun pergi menemui lelaki yang dimaksudkan. Setelah memeriksanya, lelaki itu berkata:

“Saya hanya boleh membayar dengan harga 80 000 dirham. Jika kamu mahu lebih dari ini, temuilah orang ini. Saya yakin dia akan membayarmu dengan lebih besar.”

Dia pun bersegera menemui lelaki yang dimaksudkan. Lelaki yang ketiga itu berkata:

“Saya akan membayar dengan harga 120 000 dirham. Saya rasa tidak akan ada yang membayarnya lebih tinggi daripada itu.”

Dengan penuh kerelaan, dia berkata, “Baiklah kalau begitu.”

Dia pulang dengan membawa 12 bungkusan yang di dalamnya masing-masing berisi 10 000 dirham. Ketika hendak masuk ke dalam rumah, dilihatnya ada seorang fakir berdiri meminta di depan rumahnya.

Melihat orang fakir itu, terbitlah rasa hibanya. Dengan mata berkaca dia berkata, “Saudaraku, sama seperti keadaanmu saat inilah keadaanku dulu. Masuklah!” Lalu dia memberikan separuh daripada hartanya kepada fakir itu, sebanyak 6 bungkusan.

Belum jauh fakir itu pergi, dia kembali lagi kepada lelaki itu dan berkata:

“Saya bukanlah orang miskin, tapi malaikat utusan Tuhanmu untuk menemuimu. Allah memberimu balasan 1 dirham dengan 20 QIRATH. Ini adalah satu qirath yang diberikanNya kepadamu. Adapun 19 QIRATH lagi Dia simpan untukmu di akhirat kelak."


Wallahu'alam =)



Pesona Peribadi Seorang Ibu

Suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang berkumpul bersama sahabatnya di masjid. Tiba-tiba datang seorang lelaki lalu memberi salam. Lantas baginda dan para sahabat menjawab salamnya. Lalu lelaki itu berkata:

"Duhai Rasululllah, Abdulllah bin Salam sakit kuat dan sedang sakarat menjemput maut. Dia memanggilmu." Sebaik mendengar katanya, baginda terus bangkit dan berkata, "Bangkitlah kalian semua, mari kita tengok saudara kita!"

Sampai di sana, kelihatan Abdullah bin Salam terbaring tidak terdaya, nafasnya tersekat-sekat. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menghampirinya seraya membimbingnya untuk mengucapkan syahadah, "Abdullah, ucapkanlah Laa ilaha illallah Muhammadurrsarulullah!" Setelah mengucapkan 3x di telinganya, Abdullah bin Salam tidak boleh mengucapkannya seolah-olah mulutnya telah terkunci.

"La haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim," kata Rasulullah s.a.w.

"Bilal, pergilah ke tempat isterinya dan tanyakan kepadanya apa yg telah dibuat oleh Alqamah (nama lain bagi Abdullah bin Salam) selama di dunia dan apa pekerjaannya," perintah baginda kepada Bilal.

Ketika Bilal menemuinya isteri Alqamah, lalu bertanyakan akan hal itu, isterinya menjawab, "Selama aku hidup bersamanya, aku tidak pernah melihat dia meninggalkan solat bersama Rasulullah, hampir setiap hari dia memberi sedekah. Tapi, dia ada MASALAH DENGAN IBUNYA."

Setelah dikhabarkan kepada Rasulullah s.a.w., baginda terus memerintahkan agar ibunya dibawa untuk berjumpa dengannya.

Setelah Bilal menemui ibunya, beliau berkata, "Anakmu Abdullah sedang sakaratul maut. Aku datang ke mari untuk meminta maaf atas kesalahan kalian berdua dan memperbaiki hubungan kalian."

"Aku tidak akan memaafkan kederhakaannya. Dia telah menyakiti aku. Aku tak akan memaafkannya di dunia mahupun akhirat!" jawab ibunya tegas.

Lalu Bilal kembali kepada Rasulullah dan menceritakan segalanya. Setelah itu, baginda bersabda, "Umar, Ali, kalian berdua kembalilah ke tempat ibunya dan bawa dia ke mari"

Tanpa bicara, dua sahabat itu terus berangkat ke rumah ibu Alqamah. Setelah tiba, ibu Alqamah bertanya, "Wahai Umar dan Ali, ada apa kalian datang ke mari?"
Jawab Umar, "Wahai ibu, Rasulullah s.a.w. memanggilmu."

"Untuk apa?" Tanyanya.

"Nanti kau juga akan tahu, yang penting ikutlah kami menemui baginda." Tukas Umar.

Mereka bertiga akhirnya sampai di hadapan Rasulullah s.a.w. yang berada hampir dengan Alqamah. Baginda bersabda, "Wahai ibu, lihatlah anakmu yang sedang di ambang kematian ini. Maafkanlah dia."

"Aku tidak akan memaafkannya, baik di dunia dan akhirat!" Kata ibu Alqamah.

"Maafkanlah. Adakah kau tidak kasihan padanya sampai tidak dapat mengucapkan dua kalimah syahadah," pinta Rasulullah.

"Bagaimana aku akan memaafkannya? Dia memukulku dan mengusirku dari rumahnya kerana mementingkan isterinya,"

Lalu baginda memerintahkan para sahabat mengumpulkan kayu bakar dan melonggokkannya di samping Alqamah.

"Untuk apa ya Rasulullah?" Tanya ibu.

"Untuk membakar anakmu! Kerana kau tidak mahu memaafkannya!"

Melihat anaknya hendak dibakar hidup-hidup, hati si ibu luluh, lantas berkata, "Baiklah, demi kebenaran risalahmu duhai Rasulullah, aku memaafkan segala kesalahan puteraku."

Setelah itu, Rasulullah menghampiri Alqamah lalu mengajarkannya untuk mengucap. Akhirnya Alqamah mengucap terkumat-kamit dengan jelas.

"Innalillah wa inna ilaihi raji'un," ucap baginda dan para sahabat.

Setelah selesai menguruskan jenazah Alqamah, baginda ke masjid lalu bersabda:

"Wahai kaum muslimin sekalian, ingatlah, orang yang mementingkan isterinya dan menyiakan ibunya sehingga ibunya tidak reda kepadanya akan terancam mati tidak bersyahadat!"

Lihat, betapa tinggi PESONA PERIBADI seorang ibu yang mengandung dan melahirkan kita di dunia ini. Di manakah kita meletakkan wajah dan kasih kita kepada ibu di ruang hati kita? Sedangkan baginda melarang umatnya daripada melebihkan isteri, apa lagi jika mahu melebihkan rakan mahupun harta atau kerjaya. Selagi kita masih punya ibu, teruskanlah berbakti kepadanya. Bagi yang sudah meninggal ibunya, percayalah, ibu anda masih ada. Anda masih belum kehilangannya. Ibu anda sedang menanti anda di alam sana, bagi meneruskan arus kasih ibu dan anak di alam sana pula. Berdoalah, agar kita akan bersama dengannya selalu, bukan di dunia sahaja, akhirat jua inshaAllah.

Istikharah Cinta

Tuesday, March 22, 2011

video

Lagu Istikharah Cinta ^^


Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut namaMu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
Satu nama teman setia 
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Diistikharah cinta

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah lafaz syukur dijulang ke atas kehendakNya untuk saya terus menghasilkan karya yang tak seberapa ini, sekadar untuk menjadi peringatan sesama kita. =)

Untuk post kali ini, saya ingin memberi penghargaan kepada seorang teman saya yang menjadi utusan Ilahi dalam berkongsi  khazanah ilmu yang sangat berharga, sehinggakan Dia terus menurunkan ilham kepada hambaNya yang lemah tak berdaya ini.

Andai mereka mengerti erti sebenar hubungan cinta antara adam & hawa, nescaya mereka akan berhati-hati dalam memilih bakal pasangan mereka, mendoakan bakal pasangan mereka merupakan yang terbaik di mataNYA & mengenal erti sebenar sebuah kesetiaan yg bukanlah terhad di dunia semata-mata..

Inilah ilham yang diturunkan kepada saya. Apakah erti sebenar statement ini?

Sedarkah kita, dalam memilih pasangan hidup, sebenarnya suatu langkah untuk ke fasa hidup seterusnya. Bagi wanita, setelah berlangsungnya akad, maka wajib ke atasnya untuk taat dan menyerahkan sepenuh kesetiaan kepada suaminya selagi mana suaminya masih di landasan yang haq. Bagi lelaki, setelah berlangsungnya akad, maka tergalas suatu tanggungjawab dan amanah yang lebih berat ke atasnya untuk memandu kehidupan isteri dan keluarganya, termasuklah ibu dan bapanya, ke arah Syurga Firdausi.

Kenapa kita perlu mencari pasangan yang terbaik di mataNYA, bukan di mata kita? Kerana, Syurga yang kita mahukan itu, bukanlah Syurga kita. Syurga Dia! Kalau Syurga itu kita yang punya, terpulang pada kitalah nak pilih pasangan yang terbaik di mata kita. Tapi hal itu mustahil kan? Maka, dah tentu di mata Dialah yang harus kita ambil kira. Maka, krateria yang bagaimana Dia mahukan?

"Wanita itu dinikahi kerana 4 perkara : rupanya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya beruntunglah kedua tanganmu" (Hadis)

Nasihat Luqman al Hakim, "3 perkara yang MESTI dimiliki oleh lelaki : agama, malu, harta"

Inilah guide yang kita peroleh dari baginda Rasulullah s.a.w. dan Luqman al Hakim. Maka, yang menjadi persamaan antara kedua-duanya, ialah AGAMA. Maka hanya mereka yang cantik dan terpelihara aurat di luar dan dalamnyalah yang terbaik di mataNYA! Aurat di luarnya ialah yang zahir (tubuh badan) dan di dalam pula ialah batinnya (akhlak). 

Lalu, soal dalam memilih pasangan hidup ini bukanlah perkara main-main seperti yang digambarkan oleh golongan remaja zaman kini, yang gemar menukar pasangan mereka seperti menukar baju dan pakai buang. Hendaklah dipilih dari yang terbaik agar tiada penyesalan di kemudian hari. Ingatlah, andai dipilih yang beragama, nescaya keempat-empat ciri-ciri yang lain akan turut serta mengiringi. Percayalah! =)

Bicara tentang kesetiaan, sedar tak kita, pasangan yang kita telah pilih itulah yang akan menemani kita di Syurga kelak. Bukanlah sekadar menemani kita di dunia semata. Cerita cinta kita akan disambung episodnya hingga di dunia seberang sana. Bukanlah berakhir saat berakhirnya nafas kita di dunia yang fana ini. Maka, andai berlaku sebarang musibah sehingga meragut nyawa pasangan kita, hanya mereka yang mengenal erti sebenar kesetiaanlah yang akan memelihara cinta mereka kepada pasangan mereka hingga tiba masa mereka pula, kerana mereka yakin, episod bersiri cerita cinta mereka tidaklah berakhir di dunia semata (ini ialah kes istimewa untuk wanita). Namun, tidaklah saya menyanggah kesetiaan mereka yang memilih untuk mencari ganti kepada pasangan mereka kerana soal jodoh bukanlah di tangan kita. Bagi mereka yang punya jodoh lebih dari satu adalah mereka yang dikurnia kurniaan istimewa. =)

Akhir kalam, hayatilah lagu di atas dan bersama kita ambil ibrahnya.. ^_^

Wallahu'alam

Harap Pada Siapa?

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar iman? Sihatkah? Bagaimana dengan jasad anda? Masih bertenagakah kedua-duanya? =)
Awal kalam, saya nak menyusun sepuluh jari (alhamdulillah masih cukup sepuluh =D) sebab lama sangat tak update blog ni. Terima kasih kepada mereka yang mengingatkan saya ya? Asalnya memang nak update tiap masa, lagi-lagi bila dah diberi cuti berlebih kat Malaysia, tapi berikutan beberapa masalah yang memerlukan perhatian saya yang lebih sehinggakan terpaksa menangguhkan proses update blog saya ni. Sampai merajuk blog ni masa saya log in nak buat post ni. Lagging benar nak buka. =P 

Jadi, apa cerita yang saya nak bawa untuk post kali ni???
"AKU TAK KACAU ORANG LAIN, JANGAN SIAPA KACAU AKU!"

Hah! Ni la skop pertama yang ingin saya ketengahkan untuk post kali ini. Suatu hari, sedang saya membuat sesi kaunseling PERCUMA (sebab tak ada sijil bertauliah dari Univ of Alexandria lagi nak cas nasihat doktor..hehe) kepada seorang wanita yang sedih kerana dilanda bah ujian yang berat sebagai seorang isteri.

"Adakah kamu mengira diri kamu beriman sedangkan kamu belum diuji?" (al Quran)

Dipendekkan al kisah, suami beliau telah bernikah lagi. Hakikat ini tak mudah diterima oleh beliau. Ya lah, wanita mana yang suka bermadu kan? (sapa sokong, angkat tangan!). Haha.. Memang andai ditanya mana-mana wanita pun, kalaupun dia seorang USTAZAH pun, pasti dia berfikir 5x sebelum beri jawapan. Bagi mereka yang menolak, pasti bermacam alasan yang kita boleh dengar dari mereka. Contoh untuk kes ini, apakah alasan yang diberi oleh si isteri yang 'teraniaya' ini?

Anda boleh baca sendiri kenyataan di ataskan? Itulah alasan beliau. Katanya, dia bukanlah jenis yang gemar berkongsi apa-apa pun yang dianggap 'hak'nya dengan siapa pun. Dia lebih gemar hidup menyendiri dan tidak gemar menyakiti siapa pun dan mengharapkan orang lain tidak menyakiti dirinya seperti mana dia tidak menyakiti orang lain. Fahamkah? @____@ Ada seorang lelaki membuat statement, wanita menganggap perkahwinan itu suatu hal peribadi, sedangkan lelaki melihatnya sebagai institusi keluarga yang harus dibawa perkembangan dan kemajuan. Siap setuju, angkat hidung! @___@

Jadi apa pendapat anda tentang alasan ini? Sebelum sebarang pendapat diluahkan, mari kita bersama muhasabah dulu siapa diri kita sebenarnya. 

Asalnya manusia itu suci fitrahnya, bersih dari sebarang noda dan nista. Lalu, bagaimanakah manusia itu boleh dikatakan tidak sempurna? Masing-masing punya kelemahan diri. Ini kerana manusia sering digoda oleh hawa nafsu dan iblis serta konco-konconya. Inilah yang menyebabkan manusia itu dari sebaik-baik kejadian jatuh merudum ke seburuk-buruk kedudukan, malah lebih rendah martabatnya dari haiwan yang tak punya akal. Percayakah anda?

Lalu, atas alasan apakah andai kita mengharapkan orang lain memahami diri kita seperti mana kita cuba memahami mereka? Tak sebegitu mudah. Tiap manusia punya karenahnya tersendiri. Ada yang punya perasaan prihatin terhadap orang lain, dan ada juga yang tak punya perasaan langsung untuk peduli terhadap keadaan sekelilingnya. Maka seharusnya keyakinan bagaimana yang perlu kita betulkan mulai saat ini?

"AKU TAK KACAU ORANG LAIN, AKU JUGAK DAH BUAT BAIK SEKADAR YANG MAMPU, MOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN AKU"

Inilah statement yang seharusnya kita ambil dan amalkan dalam kehidupan. Kalau kita mengharapkan orang lain mengikut gerak hati yang kita mahu, sampai bila pun ianya tak akan terjadi. Percayalah! Hanya Dia, Allah, yang maha mengetahui segala sesuatu termasuklah apa yang ada di hati kita. Biarlah Dia yang memahami apa yang kita mahukan, dan biarlah Dia juga yang membalas kebajikan yang kita lakukan sesuai dengan ganjaran yang dijanjikan, kerana Dia tak pernah memungkiri janjiNya.

Lalu, andai berlaku dalam kehidupan kita seperti mana peribahasa melayu, susu dibalas tuba, ikhlaskan hati dalam menerimanya. Kita tiada kuasa mengawal kehendak orang lain, hanya Dia yang maha membolak-balikkan hati hamba-hambaNya. Maka, seharusnya, hanya kepadaNya tempat kita bersandar. Kepada siapa lagi nak kita harapkan sedangkan hidup mati kita di dunia ini pun terletak di tanganNya? Fikir-fikirkan.. =)

Wallahu'alam

KRISIS MESIR & IBRAH

Sunday, February 6, 2011

Alhamdulillah setinggi kesyukuran dirafa'kan kepadaNya yang masih terus mengurniakan nikmat kepada makhluk-makhlukNya sesuai dengan sifatNya sebagai ar Rahman dan  terus mengurniakan ujian sebagai kayu pengukur tahap keimanan kepada hamba-hambaNya sesuai dengan sifatNya sebagai ar Rahim...

Untuk post kali ini, saya tak boleh ketinggalan dalam meng'update' blog saya ni dengan al kisah yang berlaku di mesir, my 2nd homeland of jihad. Alhamdulillah pada 29/1/2011 saya bersama lagi 10 orang pelajar MARA & private Tahun 1 selamat menaiki penerbangan pulang ke Malaysia (atas tiket kami sendiri ye? No government support..hehe).

Bersyukur juga saya kerana diberikan ilham oleh Yang Maha Merancang kepada ayahanda saya yang sedang mengerjakan haji ketika itu untuk menyeru kepulangan anakandanya ke tanah air lebih kurang 2 bulan sebelum bermulanya krisis di Mesir. Bersyukur juga saya kerana diberi hidayahnya dengan menyahut seruan kepulangan ayahanda yang pada awalnya tak dinafikan anakanda ini keberatan hendak meninggalkan Bumi Barakah ini hanya dalam jangka masa yang singkat. Kami pelajar Tahun 1 perubatan di University of Alexandria hanya diberi cuti 1st semester 2 minggu sahaja. Alhamdulillah kini tidak menampakkan sebarang kerugian inshaAllah kerana kepulangan saya ke tanah air memang diperlukan apabila sahabat2 saya di Mesir sana juga diseru pulang. Namun saya tetap berdoa krisis ini berakhir dengan husnul khatimah agar kami si musafir di sana dapat menyambung saki-baki perjuangan kami di sana dan tidak terus menampakkan diri kami di malaysia seperti seorang yang menganggur belajar, bukan menganggur kerja ya? :D

Al Kisah kepulangan kami bermula...

27/1/2011

Ketika hari-hari terakhir kami di Mesir untuk pulang ke Malaysia, tiba-tiba diturunkan ujian akan klimaksnya ujian Allah di Bumi Barakah ini. 3 daripada sahabat kami di Alexandria yang seharusnya pulang bersama melalui lapangan kapal terbang Bog El Arab, Alexandria tersangkut di Cairo gara-gara ingin membeli buah tangan untuk keluarga di Malaysia.

Kami, pelajar-pelajar MARA pada awalnya merancang untuk pulang bersama pelajar private menaiki 2 buah tramco ke airport namun berikutan masalah perhubungan antara kami yang ketiadaan line internet mahupun handphone menyebabkan kami seperti pulang ke zaman purba tanpa alat perhubungan. Kalau ada burung merpati yang kami boleh manfaatkan pasti kami sanggup gunakan.

28/1/2011

6.00 malam

Kami, pelajar-pelajar MARA yang akan pulang berbincang dengan walid (Pengarah MARA MESIR) berikutan masalah kami untuk pulang ke Malaysia pada keesokan hari. Kami dapat lihat wajah suram penuh kebimbangan terpapar pada wajah si ayah yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas anak-anaknya di sini. Walid bercerita kepada kami sejarah Mesir yang sudah 30 tahun berada dalam zaman kegelapan kerajaannya yang bertindak zalim ke atas rakyatnya secara terang-terang. Walid juga membuka mata kami akan penderitaan rakyat Mesir yang sudah lama ditindas walaupun para pemimpin mereka silih berganti. Setelah sesi kaunseling itu berlalu, kami lebih memahami jiwa penduduk di Bumi Barakah ini yang sememangnya inginkan perubahan dalam hidup mereka.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubahnya" (al Quran)

Akhirnya kami bersepakat untuk melihat dahulu perkembangan yang akan berlaku pada keesokan harinya, iaitu hari penerbangan kami. Pada malam terakhir kami di Mesir ketika itu, kami sukar melelapkan mata berikutan suara-suara tempikan dan bunyi peluru dilepaskan serta letupan bom di kawasan berdekatan kami. Hanya Allah yang tahu debaran hati kami menanti hari esok.

29/1/2011

7.30 pagi

Dalam keheningan pagi itu, tidak kedengaran suara-suara tempikan seperti yang berlaku pada hari-hari sebelumnya. Tiba-tiba kami dikejutkan oleh kedatangan seorang sahabat kami sebagai wakil pelajar private yang akan pulang ke Malaysia bersama kami. Beliau sanggup redah belantara bahaya Mesir semata-mata untuk membawa khabar kepada kami tentang perjalanan ke airport menaiki tramco itu tetap diteruskan. Memang ada kelayakan untuk menjadi perisik tentera. :P Alhamdulillah, kami bersyukur kerana urusan dipermudahkan pada saat-saat terakhir kami berada di Bumi Kinanah ini. Lalu setelah mengumpulkan 'pasukan rela mati demi pulang ke tanah air', kami semua berangkat menaiki teksi ke tempat yang dijanjikan.

9.15 pagi

Setelah berkumpul semua 'ahli pasukan berani mati', kami menunggu pula jentera yang akan membawa kami ke airport. Alhamdulillah kami diberitakan salah seorang sahabat yang tersangkut di Cairo akan berusaha untuk sampai ke airport sebelum penerbangan.

Tiba-tiba, setelah line handphone kami dipulihkan, handphoneku menjerit tanda ada yang memanggilku. Lantas kumenjawab dan kedengaran suara bondaku dengan tangisan bertanyakan khabar anakandanya di sini. Beliau juga memintaku untuk terus tidak pulang dan beliau sendri ingin ke sana kerana terlalu kebimbangan. Maka kucuba redakan hatinya dan meminta restu untuk tetap  meneruskan misi kami dalam menyahut seruan pulang ke tanah air. Alhamdulillah usul diterima.

Akhirnya setelah hampir 2 jam menunggu jentera pak arab ni, akhirnya tiba jua. Sepanjang perjalanan, asap hasil kebakaran terus mengelilingi kami termasuklah bangunan yang telah rosak dan yang telah dirosakkan. Terdapat juga trak-trak yang terbakar dan tersadai di tepi jalan. Jalan-jalan raya juga mula sesak tanpa polis yang biasanya bertugas mengawal berikutan hampir semua polis Mesir habis dikerjakan oleh penduduk. Ketika itu, pihak tentera bersama kereta kebalnya dan sukarelawan daripada penduduk Mesir sendiri yang mengambil-alih tugas si polis.

12.20 tengah hari

Akhirnya kami selamat sampai di airport. Walaupun kami diberitakan berlaku juga rusuhan di kawasan ini sehingga menyebabkan kematian seorang polis, alhamdulillah ketika itu keadaan sekitarnya tenang. Tiada suara-suara kesesakan kedengaran. Waktu penerbangan kami ialah jam 3 petang maka kami masih mempunyai masa untuk berehat sambil menunggu. Seorang sahabat kami yang tersangkut di Cairo semalam selamat sampai sebelum kami sempat check-in manakala 2 orang lagi akan meminta tiket penerbangan mereka ditangguhkan.Kami berdoa semoga urusan mereka dipermudahkan.

2.45 petang

Akhirnya kami selamat berada di dalam pesawat GULF AIR yang akan transit di Bahrain selama 6 jam kemudian terus ke Malaysia. Kami bersyukur kerana urusan kami dipermudahkan ketika itu. Kami merancang, Allah juga merancang, tetapi Dia yang tentukan.

"Mereka merancang, Allah merancang. Dan Allah lah sebaik-baik perancang" (al Quran)

30/1/2011

3.00 petang (Waktu Malaysia)

Akhirnya pesawat GULY AIR ini selamat mendarat di lapangan kapal terbang KLIA. Kami mengangkat setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi yang terus memegang janji2Nya.

"Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan. Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan" ( Surah al-Insyirah ayat 5-6, al Quran)

Setelah pesawat mula menurunkan penumpang, aku menekan butang ON pada handphone aku yang telah dimatikan sebentar tadi. Lantas masuk 3 sms. Salah satu daripadanya dari bondaku bertanyakan sudah sampai atau belum. Lagi 2 pula dari 2 orang teman yang sedang menunggu kepulanganku. Hampir air mataku jatuh ke riba. Hanya Dia yang tahu keharuan jiwa si musafir yang jauh kini pulang semula dengan disambut oleh mereka yang masih mengingati.

 Salah satu trak yang menjadi mangsa kebakaran
Foto sahabat yang bersama pak Arab

video

Kereta kebal bebas bergerak di jalan raya bagi mengawal keadaan

video

Rusuhan sebelum klimaks

Source kedua: http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

IBRAH

Setelah berada di rumah selama hampir 3 hari, aku bersama keluarga pulang ke kampung. Ketika dalam perjalanan, kami singgah di R&R untuk menunaikan kewajipan kami sebagai hamba yang sedang musafir. Ketika aku tiba di surau, kulihat ramainya musafir yang sedang menunaikan kewajipan solat mereka, tapi sayang... Jutaan kali sayang... Tiada satu pun yang menunaikan kewajipan mereka secara bersama ya'ni berjemaah. Tidakkah mereka sedar betapa pahala 27x itu terlalu besar fadhilatnya??? Sedangkan disebut dalam kisah ketika seorang sahabat yang tertinggal solat jemaah gara-gara sibuk dengan kebunnya sanggup mensedekahkan semua kebunnya demi menebus pahala jemaah itu namun masih tak mampu ditebusnya. Lalu kuteringat, ketika krisis di Mesir berlaku. Rakyat Mesir menunaikan solat berjemaah hampir setiap waktu dan hampir semua rakyat Mesir mengejar pahala itu. 

Oleh itu, tidak hairanlah mereka mampu bersatu dalam usaha jihad menegakkan kebenaran di negara mereka sendiri. Bagaimana dengan orang Islam di tempat kita? Suara mereka kuat ingin menegakkan daulah Islamiah tetapi perkara asasnya tidak dijaga. Bagaimana mungkin Allah akan menurunkan bantuanNya sedangkan hamba-hambaNya itu tidak memelihara solatnya seperti mana yang Dia redai??? Maka bersama kita bermuhasabah diri. Ingatlah, solat itu tiang agama dan solat jemaah itu dasar kepada perpaduan ummah.



Wallahu'alam

Musafir Ke Alam Barzakh

Wednesday, January 19, 2011

"Setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati"

Pada hari isnin tanggal 17/1/2011, langit Bumi Kinanah yang biasanya cerah ceria dengan senyuman si pendiamnya telah bertukar menjadi suram. Tangisan dari langit terus mengalir hingga mengundang berita yang bisa menitiskan air mata ikhlas si pendiamnya. Warga Malaysia Iskandariah dikejutkan dengan berita seorang musafir di mesir yang telah bermusafir pulang semula ke Pemiliknya. Allahyarhamah Nurul Iman binti Ab Alim pelajar Tahun 3 Fakulti Perubatan Universiti Alexandria meninggal dunia pada kira-kira 10.15 pagi akibat keracunan gas karbon monoksida. AL FATIHAH buat allahyarhamah.

Sumber:
 http://iskandariah.perubatan.org/v1/pelajar-meninggal-dunia-akibat-keracunan-gas-pemanas-air

Seluruh warga malaysia, tak kira yang berada di bumi peristiwa mahupun yang berada di desa tanah air amat berduka cita atas pemergian yang diundang secara mengejut oleh Yang Maha Esa. Ajal tidak mengenal waktu mahupun tempat, andai saatnya telah tiba, tidak akan dilambatkan atau dipercepatkan walau sedetik. Betapa Dia berkuasa terhadap makhluk yang diciptaNya secara mutlak. Kita sebagai hamba-hambaNya yang kerdil dan hina hanya mampu menerima Qadak & Qadar yang telah tertulis di Luh Mahfuznya. Sesungguhnya ajal, rezeki & jodoh pertemuan hanya Allah yang tentukan. Tiada siapa yang mampu menolak kenyataan itu.

Akhirnya allahyarhamah telah selamat dikebumikan di Hayy Sabi', Qaherah atas persetujuan ahli keluarganya. Kata bapa beliau, "Biarlah kami berjumpa semula di Syurga",

Dalam masa terdekat ini, pastinya ramai yang diselubungi derita kalbu kerana merasai pemergian insan mulia terutamanya yang mengenali malah yang rapat dengan beliau. Di sini ingin saya berkongsi sebuah kisah yang menarik untuk kita mengambil ibrah bersama inshaAllah..

Di sebuah bandar, didiami penduduk yang dimuliakan dan diangkat darjat di sisi Tuhan, atas pegangan mereka akan ajaran yang dibawa oleh pemimpin mereka yang sangat berwibawa sehingga dicintai seluruh penduduk di bawah naungannya dan digeruni oleh musuhnya. Pemimpin ini telah berjuang sepenuh hati dalam menyebarkan ajaran yang diamanahkan ke atasnya, dibantu oleh para sahabatnya yang sangat akrab. Namun, adat dunia, setiap permulaan ada pengakhirannya. Setiap kehidupan, ada kematiannya. Pemimpin yang amat disanjung rakyatnya itu ditimpa sakit yang lara.

Pada pagi itu, penduduk di bandar itu sedang menanti untuk menyambut pemimpin yang berwibawa itu keluar dari rumahnya bagi bersua muka dengan mereka lalu bersama mengabdikan diri kepada Yang Esa. Namun, pada pagi itu, tidak kelihatan orang yang ditunggu. Lalu diberitakan kepada seorang sahabat akrab beliau bagi mengetuai penduduk di situ dalam melaksanakan kewajipan mereka sebagai seorang hamba. Setelah selesai, masing-masing berdoa semoga pemimpin yang disayangi itu segera sembuh bagi meneruskan kepimpinan beliau di bumi barakah itu.
Namun, hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, sukar bagi mereka menemui wajah yang dimuliakan itu. Masing-masing mula berasakan perasaan tidak enak. Mereka meratap di hadapan Tuhan supaya segera menyembuhkan insan itu.

Lalu pada suatu pagi, seperti biasa, penduduk di bandar itu segera bergegas keluar bagi mengabdikan diri kepada Yang Esa. Dan seperti biasa, mereka menanti pemimpin tersebut untuk membuka tirai rumahnya bagi mengetuai mereka. Dengan hati yang penuh debaran kasih seorang rakyat, akhirnya mereka terlihat tirai itu diselak. Betapa meloncat kebahagian yang melanda di hati mereka, seperti si musafir di tanah gersang diberikan setitik air yang menghilangkan derita dahaga. Namun, diisyaratkan tangan itu agar sahabat akrabnya itu juga yang menggantikan beliau sekali lagi. Kekecewaan sekali lagi melanda mereka.
Akhirnya saat yang amat ditakuti semua telah tiba. Khabar bahawa pemimpin tersebut telah wafat tersebar luas ke setiap sudut penjuru dunia. Sahabat akrab pemimpin itu segera ke rumah beliau bagi memastikan kesahihan khabar itu. Lalu dibuka pintu rumah beliau, tanpa sepatah kata terungkap si sahabat terus menghadapkan wajahnya ke sekujur tubuh yang dimuliakan penduduk bumi dan langit. Ya, yang tinggal hanyalah sekujur tubuh tidak bernyawa. Rohnya telah dijemput oleh Kekasihnya yang abadi. Si sahabat berusaha menenangkan hatinya bagi mempercayai kenyataan itu.

Namun kisah ini belum berakhir. Seorang sahabat yang lain, juga sangat akrab kepada pemimpinnya tidak mahu menerima khabar itu malah beliau mengugut sesiapa yang berani mengiyakan kewafatan itu, pasti akan terpenggal lehernya. Lalu datanglah sahabat yang pertama tadi, dengan tenang menghadapkan wajahnya, menyusun bicara yang terbaik bagi menenangkan jiwa sahabatnya yang lara itu, lalu berkata:

"Barangsiapa antara kamu yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah wafat. Tapi jika kamu menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah itu maha hidup dan tidak pernah wafat."

Kemudian dituturkan sebaris ayat daripada Kitab yang dijadikan panduan hidup mereka sepanjang kehidupan mereka di dunia ini:
"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlaku sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau terbunuh kamu akan berpaling ke belakang (menjadi murtad)? Sesiapa yang berpaling ke belakang maka dia tidak mendatangkan mudarat sedikit pun pada Allah dan Allah memberi balasan kepada orang yang bersyukur"

Akhirnya tersungkurlah jiwa dan jasad sahabat yang tidak mahu menerima kenyataan tadi. Dengan tangisan hiba, beliau mengakui dan menerima pemergian pemimpin dan sahabat yang dicintainya itu.
Kisah ini tidak berakhir di sini. Perjuangan pemimpin itu telah disambung oleh sahabat-sahabatnya. Pelbagai kegemilangan telah dicapai semenjak pemergiannya namun ajaran darinya tidak pernah diabaikan oleh mereka. Sehinggalah ajaran yang agung itu berdiri tegak di bumi ini. Mereka sedar, perjuangan mereka tidak berakhir dengan kematian pemimpin mereka yang disayangi itu. Mereka juga sedar, pemimpin mereka tidak mengharapkan mereka terus meratap pemergiannya namun meneruskan sisa-sisa perjuangan beliau yang tinggal. Lalu dengan inspirasi yang ada mereka terus meneruskan perjuangan beliau, sehinggalah generasi berganti generasi yang baru lahir di muka bumi ini..


Saya percaya anda semua tahu dan dapat mengagak siapakah pemimpin yang dimuliakan itu. Dialah Nabi Muhammad s.a.w., Rasulullah Akhir Zaman dan Penutup Sekalian Nabi. Kita boleh mengutip ibrah dari kisah ini, betapa kematian orang yang amat kita sayangi itu suatu yang amat menyakitkan. Pedih, hingga terasakan dunia ini begitu sempit. Namun harus kita yang masih diberi peluang olehNya untuk terus mengabdikan diri di bumiNya ini mengambil hikmah dan pengajaran kerana maut tidak mengenal usia, masa, dan tempat. Kisah di atas juga mencerminkan betapa berat sekalipun ujian yang dihadapi, hidup harus diteruskan selagi nyawa dikandung jasad dan perjuangan harus diteruskan walau nyawa tercabut sudah. Siapakah yang mampu menyambung perjuangan kita setelah maut menjemput kita? Merekalah sahabat. Merekalah yang akan menyambung perjuangan kita yang sisa-sisa. Merekalah generasi baru yang akan menggantikan kita kelak. Buktinya, lihat sendiri hasil perjuangan kisah sahabat-sahabat di atas pada hari ini.

Akhir kalam buat post kali ini, saya mengucapkan "GOOD LUCK" kepada sahabat-sahabat saya yang sedang berhempas pulas memerah keringat bagi mengukir kejayaan dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi. DO THE BEST, LET ALLAH DO THE REST, MAY US BE BLESS... ^^

"Zaman Nabi Musa, martabat mereka diangkat atas kemahiran mereka dalam ilmu sihir...
Zaman Nabi Muhammad, martabat mereka diangkat masyarakat atas kepuitisan mereka dalam ilmu puisi..
Zaman kita, maruah dan martabat kita diangkat atas kejayaan mengukir kecemerlangan akademik dalam usaha berbakti kepada masyarakat.."

Wallahu'alam


Mak meleter...

Monday, January 10, 2011

Aku sering teringat mak meleter ketika kumasih di titian kanak2...

"Kalau dah tak suka kat benda tu, tak payah la buat... Tak payah nak buat, tak payah nak dekat kalau susah sangat..."

Selalu jugak mak keluarkan kata-kata ni lagi-lagi bila aku mengadu kat beliau bila aku ada masalah. Sampai kadang-kadang aku lali mendengarnya. Kenapa? Sebab tak faham. Ya lah, budak lagi kan? Mana nak faham ayat tersirat orang dewasa ni. Budak-budak, kalau cakap A, dia faham A la. Tak ada la sampai nak putar belitkan A tu jadi B + C = A kan?

Finally, setelah lama kuhidup bersamanya, akhirnya aku semakin matang menafsirkan maksud beliau. Pelbagai kisah yang berlaku dalam usrah tersayangku sehingga akhirnya memberi sinar ilham untuk kudalami kata-katanya tu..

Kisah 1

Usrahku dalam perjalanan ke sebuah restoran. Akhirnya, sampai la kami lalu mencari tempat untuk menjamah santapan kami. Lepas order pada pelayan, kami pun sembang-sembang la sekejap. Tiba-tiba...
Mak  : Abang, ada bau rokok tak?

Ayah : Erm... Ada la. Kat mana eh?

Mak  : La... Kat belakang abang tu ha... Ish, tak suka la... Jom tukar tempat!

Ayah : Ok...

Kami pun ikut je la... 

Kisah 2

Ayah   : Jom makan kat luar...
Kami   : Jom!

Dalam perjalanan menjejaki restoran yang bakal menjadi mangsa santapan kami... :D Tiba-tiba...

Mak    : Nak makan kat sini? Ish, jangan la! Abang ni lupa ke? Kat sini kan ramai orang merokok. Fauziah tak suka la...

Ayah   : Eh bukan kat sini... Kat sebelah restoran tu... Bukan kat sini...

Mak   : Ok.....

-TAMAT-

Akhirnya mungkin juga atas sebab 'genetik' dari mak kesayanganku, kami adik-beradik memang ANTI ROKOK. So, secara automatiknya kami juga ANTI PEROKOK. Katakan "TAK NAK!"

Sepanjang musafirku di bumi Kinanah ini, aku tak dapat menafikan penduduk di sini memang yuhibbu awi makan asap. Kalau tak guna rokok biasa pun, ada juga yang guna paip. Dah la aku ni berasal dari keluarga ANTI ROKOK, kena pula hidup di kalangan pemakan asap ni. Allah, kuatkan daku. Yang paling berbisa sekali pengalaman aku setakat ini, bila kena duduk sebelah pemandu teksi yang sedang merokok. Hanya Allah yang tahu perasaan hati aku. Kurasakan maruahku tercabar. Huh! Sepanjang perjalanan aku berdoa semoga dipercepatkan perjalanan supaya dapat kulepaskan diri dari jaringan asap yang dilemparkan oleh 'beliau'. 

Lalu aku terfikir, kalau aku ngadu pada mak, agak-agak apa bicaranya?
"Dah tau tak suka, tak payah la dekat!"

Yes! Mesti ni jawapan mak! Adoi, apa aku nak buat ni...

Sedang aku kebingungan, akhirnya perlahan-lahan ilham dariNYA sampai kepadaku...

Wahai anas, kau ni kadang-kadang selalu sibuk membingungkan diri dengan perkara yang remeh. Kenapa? Adus, sungguh tak berkembang otak kau ya? There are many more things that demand your mind to take care of. Perkara macam ni pun tak boleh settle susah la hidup...

Ermmm... Akhirnya kutemui solusinya! Kalau dah tahu diri kita ni ANTI ROKOK, tak payah la dekat dengan si perokok kan? So, kuambil insiatif untuk KURANGKAN TEKSI, LEBIHKAN TRAM!
Prevention is better than cure... :)

Alhamdulillah, settle juga 1 of my privacy problems! Boleh la aku fokus pada masalah yang lebih memerlukanku... ^^

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya."

(Surah al Baqarah ayat 286)


Akhir kata, thanks mom 4 the guide and thanks ALLAH for the ilham! \(^_^)/

Wallahu'alam

HAWA

Wednesday, January 5, 2011

Ketika aku berjalan pulang dari universiti, kuterlihat 2 orang akhawat baru keluar dari Kafe MARA. Macam biasa la, aku pun buat muka innocent dan terus berjalan macam biasa, alah, macam la tak pernah nampak perempuan so buat biasa2 sudah... Tiba2...

???: Amboi, anas! Sombongnya! Tengok orang tak nak tegur pun!

(???... Macam pernah nampak muka ni... Oh... Dia ni *tut*... Adoi, nak tegur pun, buat apa. Tak ada sebab pun... Nak jawab ke tak ni... Kang tak jawab lagi kena laser...)

Aku: Oh ni *tut*... Sori2... Tak perasan pula tadi... Buat apa kat sini...

???: Yela tak perasan... Baru lepas makan... Nak balik dah ni...

Lantas kutekan butang lif dan masuk tanpa menjawab jawapan beliau...

Sampai ke bilik, untuk release kan sikit stress yang tiba melanda kerana tak faham dengan budaya "menegur tak pasal2" antara insan bukan muhrim, kuukirkan bait2 nukilan di bawah.. Semoga bermanfaat..

Hawa...
Sedarkah kau dari mana asalmu?
Telah dinyatakan penciptaanmu oleh Sang Pencipta...
Tidak diciptamu dari tulang kepala untuk dijunjung...
Juga tidak diciptakanmu dari tulang kaki untuk diinjak...
Tetapi diciptakanmu dari tulang sumbi Adam...
Yang asalnya untuk melindungi hati si Adam...
Bukan untuk dijunjung atau diinjak...
Tapi untuk dilindungi...
Dekat di hati...

Hawa...
Sedarkah kau kita berbeza?
Telah dinyatakan perbezaan itu oleh Sang Pencipta...
Untuk apakah perbezaan itu?
Kata orang, ada perbezaan, wujudnya perbalahan...
Apa kata ALLAH?
Perbezaan itulah yang melengkapi...
Kalau tidak, tak wujudlah kita di dunia kini...
Kerana pasti berlakunya perbalahan Adam dan Hawa...

Hawa...
Sedarkah kau punya keistimewaan yang tak punya pada Adam?
Telah dinyatakan keistimewaan itu oleh Sang Pencipta...
Saat jiwa Adam kekosongan di kala dirimu masih tiada...
Dia menciptakanmu yang bukan sejenis dengannya...
Mengapa?
Kau tahu jawapannya...
Kaulah sebaik2 perhiasan dunia...
Yang menambah seri hidup Adam...
Syurga kan sunyi baginya tanpamu...

Hawa...
Sedarkah kau penyambung zuriat Adam?
Telah dinyatakan tugasmu oleh Sang Pencipta...
Dia tidak menciptakanmu di kala dia sedar...
Tapi ketika dia tidur...
Mengapa?
Andai kau diciptakan ketika dia berjaga...
Pasti terbit kebenciannya ke atasmu...
Kerana kau penyebab deritanya ketika dia "melahirkan"mu...
Maka kau dipilih untuk melahirkan zuriat manusia...
Kerana sifatmu yang berlainan dengan Adam...
Kau melahirkan zuriat saat kau berjaga...
Meredah laut derita semata2 ingin melahirkan zuriatmu...
Tidak terbit perasaan benci...
Malah digantikan dengan kasih...
Kekal seumur hidupmu...

Hawa...
Sedarkah kau penentu nasib pewaris Adam?
Telah dinyatakan amanahmu oleh Sang Pencipta...
Kerana dari rahimmulah lahirnya para rasul, pemimpin dan pahlawan...
Walaupun ketika lahirnya mereka hanyalah manusia biasa...
Tetapi kaulah yang menyemai peribadi mereka dengan sifat2 terpuji...
Sehingga mampu mencorak dunia melalui sinar kasihmu...
Tetapi...
Dari rahimmu jugalah lahirnya para pendusta dan penderhaka dunia...
Yang membasahi dunia dengan kerosakan dan darah dusta...
Maka sungguh besar amanahmu...
Kerana kau penentu masa depan dunia...

Hawa...
Akhir kalam kumerayu padamu...
Pertahankanlah kesucian dan martabatmu di mata Adam...
Janganlah kau jatuhkan kedua2nya di matanya...
Kerana fitrahnya dirimu mampu menyenangkan matanya...
Peliharalah dirimu untuk yang berhak ke atasmu...
Kerana hanya DIA yang akan menemanimu di Syurga...
Membimbing dirimu ke jalan keredaan...
Mengejar cinta SANG PENCINTA...
Agar dirinya dan dirimu bahagia...
Di alam sana...