Harap Pada Siapa?

Tuesday, March 22, 2011

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar iman? Sihatkah? Bagaimana dengan jasad anda? Masih bertenagakah kedua-duanya? =)
Awal kalam, saya nak menyusun sepuluh jari (alhamdulillah masih cukup sepuluh =D) sebab lama sangat tak update blog ni. Terima kasih kepada mereka yang mengingatkan saya ya? Asalnya memang nak update tiap masa, lagi-lagi bila dah diberi cuti berlebih kat Malaysia, tapi berikutan beberapa masalah yang memerlukan perhatian saya yang lebih sehinggakan terpaksa menangguhkan proses update blog saya ni. Sampai merajuk blog ni masa saya log in nak buat post ni. Lagging benar nak buka. =P 

Jadi, apa cerita yang saya nak bawa untuk post kali ni???
"AKU TAK KACAU ORANG LAIN, JANGAN SIAPA KACAU AKU!"

Hah! Ni la skop pertama yang ingin saya ketengahkan untuk post kali ini. Suatu hari, sedang saya membuat sesi kaunseling PERCUMA (sebab tak ada sijil bertauliah dari Univ of Alexandria lagi nak cas nasihat doktor..hehe) kepada seorang wanita yang sedih kerana dilanda bah ujian yang berat sebagai seorang isteri.

"Adakah kamu mengira diri kamu beriman sedangkan kamu belum diuji?" (al Quran)

Dipendekkan al kisah, suami beliau telah bernikah lagi. Hakikat ini tak mudah diterima oleh beliau. Ya lah, wanita mana yang suka bermadu kan? (sapa sokong, angkat tangan!). Haha.. Memang andai ditanya mana-mana wanita pun, kalaupun dia seorang USTAZAH pun, pasti dia berfikir 5x sebelum beri jawapan. Bagi mereka yang menolak, pasti bermacam alasan yang kita boleh dengar dari mereka. Contoh untuk kes ini, apakah alasan yang diberi oleh si isteri yang 'teraniaya' ini?

Anda boleh baca sendiri kenyataan di ataskan? Itulah alasan beliau. Katanya, dia bukanlah jenis yang gemar berkongsi apa-apa pun yang dianggap 'hak'nya dengan siapa pun. Dia lebih gemar hidup menyendiri dan tidak gemar menyakiti siapa pun dan mengharapkan orang lain tidak menyakiti dirinya seperti mana dia tidak menyakiti orang lain. Fahamkah? @____@ Ada seorang lelaki membuat statement, wanita menganggap perkahwinan itu suatu hal peribadi, sedangkan lelaki melihatnya sebagai institusi keluarga yang harus dibawa perkembangan dan kemajuan. Siap setuju, angkat hidung! @___@

Jadi apa pendapat anda tentang alasan ini? Sebelum sebarang pendapat diluahkan, mari kita bersama muhasabah dulu siapa diri kita sebenarnya. 

Asalnya manusia itu suci fitrahnya, bersih dari sebarang noda dan nista. Lalu, bagaimanakah manusia itu boleh dikatakan tidak sempurna? Masing-masing punya kelemahan diri. Ini kerana manusia sering digoda oleh hawa nafsu dan iblis serta konco-konconya. Inilah yang menyebabkan manusia itu dari sebaik-baik kejadian jatuh merudum ke seburuk-buruk kedudukan, malah lebih rendah martabatnya dari haiwan yang tak punya akal. Percayakah anda?

Lalu, atas alasan apakah andai kita mengharapkan orang lain memahami diri kita seperti mana kita cuba memahami mereka? Tak sebegitu mudah. Tiap manusia punya karenahnya tersendiri. Ada yang punya perasaan prihatin terhadap orang lain, dan ada juga yang tak punya perasaan langsung untuk peduli terhadap keadaan sekelilingnya. Maka seharusnya keyakinan bagaimana yang perlu kita betulkan mulai saat ini?

"AKU TAK KACAU ORANG LAIN, AKU JUGAK DAH BUAT BAIK SEKADAR YANG MAMPU, MOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN AKU"

Inilah statement yang seharusnya kita ambil dan amalkan dalam kehidupan. Kalau kita mengharapkan orang lain mengikut gerak hati yang kita mahu, sampai bila pun ianya tak akan terjadi. Percayalah! Hanya Dia, Allah, yang maha mengetahui segala sesuatu termasuklah apa yang ada di hati kita. Biarlah Dia yang memahami apa yang kita mahukan, dan biarlah Dia juga yang membalas kebajikan yang kita lakukan sesuai dengan ganjaran yang dijanjikan, kerana Dia tak pernah memungkiri janjiNya.

Lalu, andai berlaku dalam kehidupan kita seperti mana peribahasa melayu, susu dibalas tuba, ikhlaskan hati dalam menerimanya. Kita tiada kuasa mengawal kehendak orang lain, hanya Dia yang maha membolak-balikkan hati hamba-hambaNya. Maka, seharusnya, hanya kepadaNya tempat kita bersandar. Kepada siapa lagi nak kita harapkan sedangkan hidup mati kita di dunia ini pun terletak di tanganNya? Fikir-fikirkan.. =)

Wallahu'alam

2 comments:

Anonymous said...

saya setuju!! tapi x leyh angkat idung, hehe... [pandai mengarut gak yer dyer....heH!]

sebab itu dalam kita melakukan kebaikan terhadap orang lain, jangan sesekali MENGHARAPKAN sesuatu daripada mereka walau sepatah ucapan 'TERIMA KASIH' sekalipun kerana manusia itu jarang-jarang sekali untuk melahirkan penghargaan mereka.

Sedangkan pada Tuhan pencipta yang memberi 1001 ni3matpun, payah sekali syukur manusia pada-Nya... inikan pula kepada manusia biasa....apatah lagi....

makanya, bergantung haraplah pada Dia Yang Maha Esa, moga pengharapan kita menambahkan lagi ni3mat berserta redha-Nya kepada kita insyaAllah...=)

AFRedza said...

haha.. apa susah angkat hidung? sy bleh je.. =P

yup betul3.. patut nta post komen ni awal2 cket la, bleh la ana update blog ana ni lg dgn komen nta.. hehe..

He always be there 4 us~ ^^

Post a Comment