-SIBUK DENGAN DUNIAWI-

Sunday, January 2, 2011

Kisah 1

Sedang Amir & Alif berjalan...

Amir: Alif, ko faham tak lecturer mengajar tadi? Cepat sangat la dia ajar. Aku tak dapat nak pick up.
Alif: Kalau kau pun tak dapat pick up apa lagi aku.

Amir: Ye, aku tahu... Hehe.. Tapi nanti kau kena ajar aku jugak nanti!
Alif: Tak payah susah2 pikir, duniawi semua tu!

-TUNG!-
Alif: Adoi, amir, tolong aku! Sakit kot kepala aku... Dalam banyak2 kepala asal la tiang ni pekena jgak kepala aku...

Amir: Oit, kau ni pahal??? Jalan tu tengok la depan... Tu la... Ingat kat akhirat je sampai tiang kat depan pun kau tak nampak eh?

Alif: ........


Kisah 2

 Alif: Weh, kau dah baca belum manga minggu ni??? Rasanya dah update dah...

Amir:  Aku tak layan dah la manga. Taubat aku...

Alif: Eh, asal pulak ni? Tiba je..

Amir: Manga kan ada banyak lukisan pelik2. Berdosa kot... Buat sakit mata je... Tak pasal2 hati pun sakit...

Alif: Alah kau ni... Kartun je pun... Bukannya tengok orang betul...

Amir: ???

Assalamualaikum. Alhamdulillah dipanjatkan atas nikmat kesihatan jasad yang dicucurkan oleh Ilahi kepada kita. Bagaimana pula dengan iman? Apa khabar IMAN kita ya? Sama2 kita tajdid iman kita, moga ianya menjadi pelindung kita di akhirat kelak, bukan pendakwa kita inshaAllah...

Kisah pertama dan kedua yang saya kongsikan, mungkin bagi yang punya ilmu agama yang mencukupi mudah untuk dia interpret masalah di atas. Bagaimana pula yang cetek ilmunya ya?
Ramai yang salah anggap tentang konsep duniawi dan tidak kurang juga yang salah tanggapannya tentang konsep ukhrawi. Islam itu luas. Sekecil2 perkara di dunia ini seperti skrin laptop ini berfungsi dengan baik yang membolehkan anda membaca blog saya ^^, hinggakan sebesar2 perkara seperti bergantinya siang malam dan pengaturan cakerawala di alam semesta. Mengapa mesti dikecilkan skop Islam itu sendiri? Ayuh buka mata, buka hati, buka minda!

Islam bukan semata2 menitik beratkan ibadah untuk kesenangan ukhrawi semata2. Malah Islam sangat2 menganjurkan umatnya untuk mengejar kesenangan duniawi DEMI kesenangan ukhrawi.

"Sebaik2 manusia ialah yang memberi manfaat sesama manusia" 

Lalu dengan mengejar duniawi, bukankah kita juga sedang memberi manfaat sesama manusia? Apa buktinya? Andai anda ingin mengejar kerjaya profesional sebagai seorang doktor, anda sebenarnya sedang berusaha untuk memberi manfaat kepada manusia sejagat. Dengan memberi manfaat kepada manusia, anda juga sedang mengundang rahmat Allah s.w.t.. Malah Allah juga memberi jaminan, orang yang berilmu akan mempunyai darjat yang jauh lebih tinggi daripada seorang 'abid. Maka siapa yang berani mengatakan dengan mengejar duniawi sebenarnya kita mengejar perkara sia2?

 Berkait dengan kisah kedua, ramai yang salah tanggapan tentang masalah ini. Atau mungkin sengaja menyalahkan tanggapannya sendiri. Lupakah kita firman Allah:

"Jangan kamu dekati zina"

Allah tidak mengatakan jangan kamu melakukan zina, tetapi jangan kamu dekati zina. Persoalannya sekarang, aurat kartun tu halal atau tidak untuk kita lihat? Jom kita usha video bawah ni... ^_^

 
Maka ingin saya ingatkan sesama kita, jangan kita bercakap tentang sesuatu yang di luar fahaman kita. Ditakuti ianya menjadi fitnah kepada kita kelak. 

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bercakaplah apabila perlu, ataupun diam."

Sedarkah kita betapa Allah menyayangi kita lebih daripada makhluk2Nya yang kufur? Mari kita survey bukti2 di bawah:

"Katakanlah kepada hamba2ku untuk ucapkan perkataan yang lebih baik" (Surah al Isra' ayat 53)

"Dan (ingatlah)  ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil, "Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, kerabat,anak2 yatim dan orang2 miskin. Dan BERTUTUR KATALAH YANG BAIK KEPADA MANUSIA, ......."(Surah al Baqarah ayat 83)

Apa yang kita nampak pada tiap kata2 peringatan dari Allah kepada kita? Lihatlah dengan mata hati. Betapa Allah memuliakan kita sebagai hamba2Nya untuk menuturkan kata2 yang LEBIH BAIK, sedangkan bani Israil hanya diperintahkan untuk menuturkan kata2 yang baik sahaja. Islam tu cantik kan? ^^

Masihkah kita ingat apa tanda2 Hari Qiamat? Yang kecil dan besar? Antara tanda2 besar yang tersebut ialah terbitnya matahari di belah barat. Ada ulama yang menafsirkan terbitnya matahari tersebut sebagai kias kepada terbitnya cahaya Islam di barat. Takpe, saya pun bukanlah orang yang berilmu sangat untuk bincang tentang khilaf pendapat ulama, tapi kita masih boleh ambil pengajaran daripada pendapat tersebut.

Seorang ulama yang terkenal membuat puisi bagi menggambarkan keadaan umat manusia di barat dan negara Islam..

"Aku melihat umat Islam di negara Islam, tetapi aku tak nampak Islam. Di Barat, aku melihat tiada umat Islam, tapi wujudnya Islam..."

Recently, masyarakat Barat semakin ramai yang memeluk kembali agama fitrah mereka yakni Islam. Mengapa ya? Pernah tak kita terfikir? 

Pada zaman Renaissance, mereka menanam semangat untuk membangun dengan memegang pada panji kebendaan. Mereka mahukan kemajuan dan kemodenan. Mereka mahu mengejar dunia, mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih gemilang sehinggakan ada negara yang berhajat untuk menguasai dunia seperti Itali, Sepanyol, dll. Untuk mencapai panji yang dipegang, mereka sanggup  mengorbankan apa sahaja yang menjadi penghalang mereka, termasuk agama mereka sendiri ketika itu. Sebab tu lah wujudnya Kristian Protestan yang menentang Kristian Katolik. Mereka menolak agama apabila mendapatinya hanya akan menghalang visi dan misi mereka. Akhirnya, adakah mereka berjaya mencapai panji kebendaan tu? Buka mata, lihat sendiri dunia kini...

Tapi, setelah mereka berjaya meraih panji kebendaan, apabila tiadanya pegangan rohani yang seharusnya menjadi fitrah manusia, maka jiwa menjadi kosong. Gelap dalam gelita malam. Kerana apa? Tiadanya makanan yang terisi untuk sang jiwa yang lapar. Buka mata sekali lagi, lihat Barat sekarang. Sistem sekular yang diamalkan yang kononnya dianggap punca kejayaan mereka sehinggakan dicontohi pula oleh negara2 monyet, kini kehidupan mereka terus dipenjara dengan hawa nafsu, hidup dalam penipuan sendiri. Lalu, bagi mereka yang masih terasa indah dengan kehidupan sedemikian, maka mereka akan terus mengendahkan kunci kepada penjara mereka sendiri yang sudah lama diutuskan oleh Tuhan. Bagi mereka yang sedar, apa pula tindakan mereka?

"Orang2 yang kami telah berikannya kitab (Taurat dan Injil) mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal anak2 mereka sendiri. Sesungguhnya sebahagian mereka pasti menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahuinya" (Surah al Baqarah ayat 146)

Hari ini semakin ramai yang meredah lautan kegelapan mereka. Terus menyelam mencari sinar cahaya Ilahi. Setiap agama diteliti, bagi menyesuaikan dengan fitrah diri mereka maka ISLAM menjadi pilihan. Mengapa ya?

Agama Hindu & Buddha tidak menitik beratkan soal duniawi. Bukti? Lihat sendiri sami2 mereka. Sehinggakan ada yang sanggup tak memakai selipar untuk menunjukkan "kezuhudan" mereka. Adakah ini sesuai dengan kehendak masyarakat Barat hari ini yang mementingkan kemodenan?

Agama Kristian pula bagaimana? Jika mereka berakal, bagaimana sejarah telah membuktikan kemusykilan dalam agama itu sendiri. Bagaimana penganut mereka sendiri pada zaman Renaissance menentang agama ini sehingga melahirkan Kristian Protestan bagi menentang Kristian Katolik. Terdapat pelbagai lagi kemusykilan yang boleh dihuraikan termasuklah kebenaran Kitab mereka sendiri yang sengaja digubah sehingga hilang keasliannya seperti mana diturunkan oleh Allah kepada Nabi Isa alaihi salam.

Maka agama Islam pula bagaimana? Sejarah membuktikan betapa Islam mementingkan kemajuan dalam ilmu. Even surah pertama yang diturunkan ialah surah al Alaq yang mewajibkan umat Islam mengejar Ilmu.

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu yang maha agung. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya."

Telah kita huraikan tentang skop Islam yang luas di perenggan atas. Maka terbukti cahaya Islam semakin menyinar di bumi Barat sedangkan cahaya Islam semakin pudar dinyalakan oleh umatnya sendiri di bumi Islam. Adakah kita termasuk hamba2Nya yang bersyukur?

Imam Syafie berkata, " Jika kamu hendakkan dunia, hendaklah dengan ilmu. Jika kamu hendakkan akhirat, hendaklah dengan ilmu. Jika kamu hendakkan kedua2nya, hendaklah dengan ilmu"

Tepuk dada, tanya iman... ^_^
 Wallahu'alam...   

0 comments:

Post a Comment