~Mesir semakin SEJUK, Kami semakin PANAS~

Monday, December 20, 2010

"Nta bitidfa' bikam?"
(Kau nak bayar berapa?)
"Yallah, hasib awwalan ya basha!"
(Kira la dulu orang muda!)

"LA! NTA BITIDFA' BIKAM?!!!"
(Tak nak! Kau bayar berapa tu?!!!)

"Ma'laish ya basha, hasib awwalan..."
(Sabar la orang muda, kira dulu...)
"NTA BITIDFA' BIKAM???!!! LAU ARBA'A, LA! ANA 'AIZ KHOMSAH!"
(KAU NAK BAYAR BERAPA??!!! KALAU 4 GENIH, AKU TAK NAK! AKU NAK 5 GENIH!)

-Terkedu-

Gara2 tak larat melayan, lantas kulayangkan 5 Genih ke dalam teksi tu. Dah dapat duit tu, diam cukup la. Tiba nak mencarut $%^$# entah apa aku tak faham. Biarlah. Buat panas hati je pikir. Takpe, baru sekali jumpa yang masalah. Sabar wahai hati..

Beberapa hari kemudian...
"Teksi weh! Tahan2!!!"

Masuk dalam teksi...
"Mawassa ya 'am?"
(Mawassa bleh pakcik?)

"Masyi"
(OK)
-senyap sepanjang perjalanan-
"YALLAH NTA BITIDFA' BIKAM?!!!"
(KAU NAK BAYAR BERAPA?!!!)

"Arba'a genih mumkin? Ehna kullu arba'a bas. Kal 'adi"
"4 genih bleh? Ktorg 4 orang je. Macam bese la 4 genih"
"LA!!! LAU NTA, ANA 'AIZ KHOMSAH!"
"TAK!!! KALAU KORANG, AKU NAK 5 GENIH!"

 -terkedu lagi-

Takpe, sabarlah wahai hati. Pagi2 lagi dah kena tembak peluru lisan. Nasib baik tak syahid lagi. Boleh la aku menuntut ilmu lagi hari ni...


Beberapa hari lagi kemudian...

Sedang berjalan ke Mat'am Disease ( Restoran Arab "Terkenal" kat tempat kami ^^)...

"Assalamualaikum ya 'am. Ana 'aiz aruz firakh lahmah. Bikam?" 
"Assalamualaikum pakcik. Saya nak nasi ayam daging. Berapa eh?

"Sittah genih"
(6 Genih)

"Masyi"
(ok)

ERKKKK.... Alhamdulillah kenyang. Boleh la kot bayar. Eh, asal baki macam tak cukup ni...
"Bikam ya 'am? Sittah walla Sab'ah wa nisf?"
 "Berapa pakcik? 6 ke 7.50 genih ni?"

"Sab'ah wa nisf" 
 "7.50"

-Terkedu lagi & lagi-


Ada komen? ^_^

 Alhamdulillah syukur kepada Zat Yang Maha Melindungi diri hamba yang lemah ni untuk terus bermusafir di bumi berbukit-bukit ni. Cerita di atas aku malas nak buat khalasahnya. Masing2 buat la khalasah sendiri... :D
Alhamdulillah juga setelah 2 minggu terlibat dalam program universiti, tamat juga akhirnya. Apa program tu? BOOM! Out of Mediocrity. Mula2 masuk memang serius, TAK IKHLAS LANGSUNG! Terpaksa ada la. Nanti abang SC marah pulak Ketua SC tak masuk.. huhu.. Nway, setelah masuk sikit2, dapat la kucalit apa itu BOOM!. BOOM! ialah satu program yang PASTINYA akan mengganggu masa study. Serius! Tak percaya! Cuba la tengok! :D

"WHAT YOU SEE DETERMINES WHO YOU ARE"

Yup, memang betul BOOM! akan ganggu masa study kita. Tapi kalau kita teliti di sebalik program ini, banyak sebenarnya nikmah & madah yang boleh kita calit. Dapat merasai MANISNYA UKHUWAH & DAKWAH & of course yang paling penting CANTIKNYA ISLAM. Kami sebagai pelajar medic memang jadual study pack sangat sampai kadang2 nak bernafas sehari pun susah (tapi on FB sempat pulak :P). So program ni memang BEST! Banyak dahan2 yang boleh dicantas untuk diambil manfaat buahannya. So kepada yang belum masuk lagi, sangat2 direkomen untuk anda join BOOM! Kalau setiap hari nak duduk depan buku je, tak ada la variety of life kan? Dah la kita susah nak selak cabang ilmu yang lain especially tentang agama kita sendiri. Kalau bukan kita yang nak belajar & amalkan agama kita, siapa lagi? ^_^


P/S: To all my team members, u all the BEST! 
To ikhwah, lakonan hari tu even tak menang, korang memang actors yang mantap! Ada rezeki, kita berlakon lagi.. :D
To akhawat, i'm sorry if i look a little too cool or maybe cold of u.. Like u said, I'm a timid guy... ^^


Akhir kalam, got to move on & back up all of my study! Pray for me, I'll pray for u all!


Watch your thoughts, They may shape your words...
Watch your words, They may shape your actions...
Watch your actions, They may shape your  characters...
Watch your characters, They may shape your life...
Ukhwah fillah ^_^

3 comments:

wallayahemmak said...

khulasahnyer seperti biase...

MiM= Mesir
Sod= Sabar
Ra'= Redha

semoga ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku insyaAllah....

btw, hari nie ader Emergency call lagi x? haha! dialog anas yang x sudah2...=p

wallayahemmak said...

silap plak....mim for musibah... haha!

AFRedza said...

yup, moga2 ada la hikmahnya..

haha! usah dikenang kisah lama.. yg lama tinggal2kan, yg baru renung2kan.. :D

Post a Comment